MALAYSIA menang Piala Suzuki 4-2 wey~!!!!!

Pasukan Malaysia meraikan kejayaan gemilang merangkul Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta di sini, Rabu. Foto AP.
(sumber gambar : Mstar Online)


dengan penuh semangat ...jom nyanyi lagu ciptaan Ultras MalayaUltras Malaya (kan?kalau salah bgtau ek. ;) )

OLE 2x...OLE2x...
BERJUANGLAH .. PAHLAWANKU..
SATU KANLAH TEKAD SEMANGATMU..
KAMI RELA KORBAN NYAWA
DEMI NEGARA YANG TERCINTA
......OLE 2x.. OLE2x..

walaupun tak dapat tgk kat kedai2 mamak...sama2 raikan dgn rakyat Malaysia yg lain, aku tetap bersorak kat rumah bersama mak,abah & akak!! dah lama kot rasanya tak bersorak mcm ni bila ada perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Malaysia ... semakin menyerlah skuad Malaysia bimbingan Rajagopal!! 
I'm proud of them. seronok tengok perlawanan malam tadi.

Alhamdulillah... kita semakin disegani.tak lagi diperkecil-kecilkan ..dipandang sebelah mata. maruah bola sepak negara kembali semula ..kegemilangan bola sepak negara semasa hayat Allahyarham Mokhtar Dahari dinanti-nantikan!! diharapkan kecemerlangan dan kegemilangan ini berterusan. 
tannggungjawab pemain berusaha, tanggungjawab penyokong haruslah setia


yang pasti, nama pemain seperti Khairul Fahmi ( i like him..cute!! heheh) , Safee Sali, Muslim, Ashaari, Shahrul Idlan menjadi sebut-sebutan dan akan menjadi rebutan... tak kiralah rebutan dalam arena bola sepak, mahupun dalam majalah-majalah..haaa ...majalah2??? lucu pulak bila terbaca status seorang teman di facebook berbunyi begini 

"Dear Rajagopal, please keep Khairul Fahmi, Safee Sali & others from M***** or U**V!!!"

hahhaha .. tergelak jugak la... kenapa?yelah .. siapa peminat/pembaca majalah2 tu,tau2 jelah... tempat shooting gmbr yg diorang paling suka buat kat mana??? kolam renang!!... then bila dh sana sini terkenal....shooting sana sini, dapat offer berlakon la..apa la ..mula lah prestasi menurun ... takmau2 ..kami nak pemain yg sedia ada ni kekal ..masih muda semua2 ni.kekalkan prestasi.
(nama majalah tu...fikir jugak sendiri yer ..hahahah) 


apapun ..syabas team Malaysia~!! dan kepada team Indonesia, memang malam ni you all main best,banyak buat serangan yg bisa buat ku cemas! ..cuma nasib tak menyebelahi kalian.boleh cuba lagi tahun-tahun depan ya...tapi aku pasti, team Malaysia antara team yang terkuat.jaga2 ya~!!



p/s : perkara menarik semasa perlawanan malam tadi :

1. semangat kesukanan dua2 pihak.bila pemain Indon krem kakinya, pemain Malaysia tlg legakan, bila pemain Malaysia plak, diorg tlg redakan. macam ni lah bagus~
2. hantaran terbaek dari shahrul utk Safee mmg cantek... Safee umpama Rooney MU, badan besar tp lari laju~!!
3. pasukan Indonesia banyak menyerang, tapi takde nasib kot.minit2 akhir baru gol.
4. pasukan Malaysia passing bola selalu bagi kat pemain Indon.geram gak tgk.
5. aksi Khairul Fahmi mmg terbaek!!! menyelamatkan cubaan2 bahaya dr penyerang Indon.
6. Bambang Pamungkas...lama jugak tak tengok aksi dia.dulu dia pemain pasukan Selangor kan??dia nmpk cam kurus ..cengkung jer kan?
7.. sedey pulak aku tgk muka2 penyokong Indonesia masa sesi penyampaian hadiah tadi... tp tergelak dgn sorg penyokong ni ..dr mimik muka dia tu seakan2 tak percaya tahun ni, Piala Suzuki tu milik Malaysia ..sabar ya pak..cubaan lagi tahun2 depan~ ;)






[ Me ] - 2010 and 2011 .. hurm.....

2010 say : "bye2..don't forget me ok" ..
2011 say : "hye2..I'm coming.Are u ready for the challenge?"



owh .. tinggal beberapa hari lagi je untuk ke tahun 2011 .... yup.banyak cabaran yang menanti, banyak jugak kenangan yg ditinggalkan. akhir tahun 2010 memang satu perubahan yang drastik. kadang2 suatu perubahan itu perlu, satu langkah ke depan yang kita sendiri tak tahu apa penyudahnya. aku  sendiri tak tahu apa akan berlaku atau apa yang akan aku hadapi. satu keputusan yang tiba2 dibuat.ya... kawan2 sekeliling pun agak terkejut, inikan pula famili aku.diorang mula rasa risau. tak yakin kot. tapi takpe, ini semua keputusan yang aku buat.risiko yang akan aku tanggung sendiri.yg penting harus kuatkan diri dan percaya pada ketentuanNYA.

tahun 2010 yg akan ditinggalkan ..sedih pulak bunyinya. tapi bukan lah ditinggalkan terus.muhasabah diri balik apa yang kita dah buat utk setahun ini.banyak yang baik or banyak yg buruk?yang pasti, yang baik diteruskan untuk tahun depan, yang buruk kita jadikan tauladan agar tahun depan kita tak ulanginya.mudah-mudahan.

mengharapkan suria akan memancarkan sinarnya.... bahang kehangatan terasa ...bertugas dan bekerja dengan ikhlas.mudah2an...AMin~


BYE2 2010 ..jangan risau.. seperti tahun2 lepas, aku takkan lupa pada 'kau'


HYE2 2011 .. ya..insyaALLAH..cabaran mendatang akan dilalui dengan kuat dan tabah.

[ PRU ] - "malaslah dgn insurans nih..bukannya senang nak CLAIM pun!!"




"saya & famili dah malas dah dengan insurans2 ni.bukannya dapat claim pun.dulu ejen janji macam2.. cakap manis2 jer.. tapi bila nak claim..tak boleh. husband saya accident masuk besi, semua tu, satu apa pun tak dapat. Pastu kes adik saya ada lump kat breast dulu pun tak dapat.konon cover utk sakit perempuan.tak cover jugak! tipu jer semua nih!sebab tu kami satu keluarga dah malas nak amik insurans2 neh"


itulah bebelan & kemarahan seorang surirumah yang aku call petang semalam.tak terkejut dengan cerita dia tu.aku faham situasi dia bila ambil insurans,tp tak boleh nak claim.sebenarnya tak boleh nak salahkan syarikat insurans jugak.mungkin masa tu agen dia tak terangkan betul2 polisi yg dia ambil.ataupun polisi dia sendiri dah laps (disebabkan lambat bayar atau dah beberapa bulan tak bayar).ataupun mungkin polisi insurans yg dia ambil tu memang tak cover apa yg berlaku atas husband & adik surirumah tu.hurm.... aku tenangkan dia.dan aku terangkan keadaan sebenarnya.dia tak boleh samakan semua insurans sama.dan dia juga tak boleh salahkan insurans yg dia ambil.

baru2 ni ada artikel dalam suratkhabar Berita Harian berkaitan dengan tuntutan/claim.

walaupun aku masih baru dan tak pernah buat claim utk client, tp berdasarkan kepada pengalaman senior2 aku, claim mudah dibuat sekiranya dokumen lengkap. ada jugak client diorg dah tak bayar selama setahun tapi dapat claim bil perubatan sebanyak RM40ribu (bila tak bayar selama 1tahun, Prudential akan ambil dari nilai simpanan yang ada, sehinggalah simpanan kita habis dan pada masa itulah akaun kita akan laps/luput). nasib baik akaun client senior aku tu tak laps lagi.dan client tu amat2 bersyukur sebab dapat claim dan terus bayar utk bulan2 yang tertunggak.

jadinya, janganlah salahkan insurans dan kata insurans ni tipu.selidik dulu apa sebabnya.kalau dah lengkap semua dokomen (bil hospital/report doktor dsbgnya), payment tak pernah tertunggak, JUJUR masa isi borang .. tak ada masalah untuk claim.

dan...jangan lupa call agen insurans anda bila anda buat pertama kalinya nak admit  hospital .. itu memang dah tugas dia membantu anda. kalau dia jauh pun, dia still boleh guide anda through phone. 




[ Me ] - pengalaman baru mengajar erti kehidupan...


sejak bekerja dlm bidang baru ni.mcm2 pengalaman yg aku dapat...dan bila difikir2kan ..seharusnya aku bersyukur dgn apa yg ada ..

kerja baru skrg ni memerlukan aku berhubung dgn ramai orang... tak kiralah melalui media apa pun ..face2face ..ataupun phone call..buat almost phone call la.macam2 karenah,mcm2 feedback.pada awalnya mcm bosan & senang buat aku down.yelah..rejection yg melampau, kdg2 aku rasa malas la nk buat phone call lagi! .. tp leader aku slalu ckp..jgn mudah putus asa .. rejection adalah perkara biasa dalam bisnes.kita buat kerja murni.nk tolong orang.org taknak..takpe..kita cuba lagi.insyaAllah..ada rezeki utk kita kalau tujuan kita tu mmg baik&betul.


jumaat lepas, kali ketiga aku berada di perkarangan masjid.utk apa?'fly the flyers' ..mcm2 orang aku jumpa.last 3 weeks aku kat masjid bangsar.penuh tepi2 jalan dgn kete..kbnykannya kete besar2.. pkul 12.30 dh start ramai muslimin berjalan ke masjid... nak dekat waktu solat jumaat pun masih ada yg berjalan ke masjid.ada yg berjalan laju...ada yg masih berlenggang... tgk2 ..rupanya bukan ke masjid...kemana aku tak tau.. hurm... uzur agaknya lelaki2 tu.. :P

pada masa yg sama, datang sekeluarga pengemis.seorang ibu mengandung, bawa 4 org anaknya utk mengemis ditepi pintu pagar masjid.. anak lelaki yg paling kecil,hanya berbaju...tanpa seluar..berlari sana sini.tak peduli org sekeliling..yelah..budak lagi.rasanya baru berumur 2 tahun....setiap seorg anak2 dia ada 1 cawan. orang yg lalu lalang pasti akan meletakkan duit dlm cawan tu.paling kurang pun 20sen.. aku perhatikan saja gelagat mereka.cawan tu akan dikosongkan sebaik saje terisi.bijak2.. itulah rutin harian mereka sekeluarga. terfikir2 manalah pergi bapa diorg kan?... budak2 tu berada dlm dunia mereka sendiri.tak kisah pun org nak tengok.ada satu hari ni, budak perempuan tu lupa nk pakai tudung.. tak sangka, t-shirt abgnya tu dia jadikan tudung.terus dia pakai bila dgr azan.agak kelakar..tapi apa dia nk kisah kalau orang gelak.. itulah dunia mereka.. dari kecil sudah dibesarkan dgn cara mengemis.terfikir2 juga apa masa depan budak2 tu... dlm hati berdoa yg baik2 saje..

sewaktu para muslimin mula keluar dari masjid...aku dah tak pedulikan mereka ...sibuk memerhatikan orang2 yg keluar dr masjid pula..huh...mencabar juga walaupun tengok/fikir macam senang nak edarkan flyer macam tu saja.. ada yang ambil, ada yg dgn cara baik tak mahu ambil flyer tu...dan ada dgn cara yang kurang sopan... ada satu tu... pakaian smart lengkap bertali leher,bercermin mata gelap..bila dihulur...pandang pun tidak,berpura2 berckp dgn kawan sebelah..speaking lagi...owh ..begitu caranya... takpelah ..tak kisah sgt pun.aku awal2nya mmg dh sediakan diri utk terima reaction sebegitu.


...dan aku rasa ada jugak kawan2 yg mula nak jauh2 kan diri dari aku bila tau aku kerja dlm bidang ni.... sms tak..call pun tak...tanya khabar??hurm ..langsung tak ......relaks la beb, kalau benda baik,why not aku share dgn kamu...tapi bukan lah all the time aku nk citer psl keje aku jer.. hurm....time2 mcm ni la baru aku kenal.....yg mana kawan...yg mana sahabat ....yg mana teman... (maksudnya sama ..tp berbeza... how? Lu pikir la sendiri.... ;)    )

itulah serba sedikit...pengalaman baru...mengajar erti kehidupan ...ya .. baru lebih kurang sebulan.. cabaran spt inilah dinamakan kerja... and i hope i do not regret what i'm done... new experience will guide me to become a better person ... AMIN~



[ Me ] - suasana baru .....




huh .. still culture shock kot .. dah seminggu lebih kat office baru .. seakan kera sumbang jer .. biasa keje sorang2 .. dok layan pc sorg2 .. skrg kena dok kat meja org lain (takde meja sendiri) .. pc pun kena tunggu giliran ..

selalu pkul 8 relaks jer lagi ...sekarang pkul 7 dah kena ready .. paling lewat pkul 7.30 kuar rumah .. kalau lambat ..alamatnye .. 9.30 baru smpi sana .. parking free for sure dah penuh... huh.. betul2 kena ubah & merancang masa...

dan .. bila dh masuk office baru, mcm2 ragam .. ambil masa sket nak sesuaikan diri... i ni penyegan orgnye .. so nk mesra2 tu lambat sket..tp takpelah ..diorg semua kat sini friendly~ i like!

kat office dlu .. leh selamba jer buat air sendiri,makan sorang2 ...kat sini kalau buat air, buatlah bnyk2...diorg leh tumpang sekali. ;D (teringt dlu aku ada merungut .. asyik makan sorg2 jer ...hehe .. now .. ramai~)

sejak keje sini,balik umah tak menentu...makan pun tak menentu.. parking jauh2..naik turun tangga .. ish .. best neh .. dpt gak turunkan berat (turun kew??hahhahah)

konsep tolong menolong & sharing is caring ..mmg ada dlm office ni.semangat neh.kdg2 down .. tak tau nk buat apa...tgk2 yg lain buat keje ..kita pun buat keje yang sama.push diri sndri..

hopefully ... dapat bertahan lama ..semangat berterusan.InsyaAllah~

[ PRU ] - mula menyimpan untuk pergi HAJI / UMRAH

lagi 2,3 hari kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha...
teringat pulak masa menghantar pakcik&makcik aku gi menunaikan haji tahun lepas.
terfikir2 bila pulak giliran aku nnt ..
masa tu terfikir jugak ..bila pulak aku nak cukup duit untuk hantar mak menunaikan haji.. ataupun sekurang2nya bersama2 dgn mak menunaikan Umrah.teringin kan?

tapi ..teringin2 .. duit dlm bank tu pun tak cukup2 lagi.
terbaca la ruangan dlm suratkhabar, pakcik tu kumpul duit gaji 10tahun.
ada yg kumpul sampai berbelas tahun, baru dapat gi haji.
ni..dengar2 nya .. kos haji pulak nak naik.
nak tak nak kena menyimpan dari sekarang neh ..


dan .. tak sangka pulak... baru2 ni prudential BSN takaful ada keluarkan satu pelan khusus utk kita muslimin dan muslimat.kemudahan menyimpan utk menunaikan fardhu haji/umrah ..alernatif lain selain menyimpan di Tabung Haji, yg dinamakan PruBSN Ummah.Memenuhi keperluan rohaniah,perlindungan dan simpanan. terasa nak bukak akaun sendiri la.hehe..kot2 lagi 3,4 tahun boleh la nak sampai ke Makkah. best3..


ha .. utk info lanjut, boleh tanya aku nnt. call or sms. nk terus tanya kat sini pun boleh.sharing is caring right?


iejat : benda yang baik mcm ni .. perlu disebar2kan.bagus untuk semua.nnt aku nak sebar2kan bila jumpa dgn orang nnt. ;)

[ Me ] - I am so grateful to be ...




Today is the beginning of my new life
I am starting over today
All good things are coming to me
I see beauty all around me
I live with passion and purpose
I take time to laugh & play every day
I am awake,energized and alive
I focus on all the good things in life
and give thanks for every one of them
I am at peace and one with everything
I feel the love,the joy and the abundance
I am free to be myself
I am manificence in human form
I am the perfection of life

I am so grateful to be .....
ME



>from the secret book.

[ Me ] - kursus seminggu




lama betul tak update blog kan??
huhu..bila bz .. blog pun bercuti la .. dah bersawang lah kot..

last week berkursus selama seminggu di UK.
bukan Ulu Kelang ..jauh sekali United Kingdom ..
hehehe .. kat UKay Perdana la ..
Prudential Training Akademi (PTA)

dulunya tmpt ni dijadikan kelab utk satu persatuan (tak ingt persatuan apa).
ala2 kelab darul ehsan la kot.
ada bilik2,swimming pool,bilik seminar,main squash,bilik tv .. lengkap lah segalanya.
pernah datang sini masa Quarterly Review utk Jadee Group.


owh...mmg penat tp best~!
kelas dari pagi ke malam.
pagi pkul 7 dh start utk exercise (tp tak guna gak .. sbb mknn kat sini sedap + bygkan .. 6 kali sehari makan!! terasa berat dh naik laaa.... hadoi~)

then kelas start dr pukul 9 smpi pukul 1. seb baik ada break pkul 10.30pg.
then after lunch 1hour,smbg kelas sampai pkul 6.30ptg. hurm .. pndai2 la kitorg yg Muslim ni carik masa nk solat Asar.yelah .. skrg ni Maghrib pkul 7. agak terkocoh2 jugak la...

malam plak start 8.30 .. smpi la pkul 11.00 .. then ada assignment lagi.sok pagi dia nak.adeh.tu yg kena siapkan dlu.1st assignmnt .. nk kena lengkapkan senarai nama,no.tepon. brp banyak??? 100!!! pergh .. seb baik aku dh buat seminggu before kursus.ada la dlm 200.then sape dpt buat, ada reward > markah utk group.. 2nd assignmnt pulak, kena dptkan 10appointment!! adeh ...mana la nk call org malam2 buta neh?last2 ..call je member2 yg ada.hehehhe...ada la 3,4 appointment yg betul2 nak jumpa.hehehhe...

malam2 last .. tgk video the secret.best ar video ni.meremang bulu tengkuk.terus terfikir nak beli satu.katanya ada jual kat MPH.hurm .. lps ni kena cpt2 carik.

sgt seronok bila berada dikalangan org2 yg positif.
dan bila berada dlm kumpulan mcm ni...terasa semngat lain macam.

owh .. ada part yg buat aku sedey.
trainer kami > Ms LV buat segmen sedey la pulak...
hurm .. walau apa pun jadi .. dahulukan famili .. jgn pentingkan duit sangat.
think .. why r u here..
and .. tak kisahla apa diorg nak ckp,
yang penting kita dh share apa yg kita tahu.

LET'S SAVE LIFE!!

last day : salam2 .. amik2 gmbar ..dan sijil!! yes!! semangat!!



gambar bnyk~ nnt2 dlu la yer.keje kat ofis lama tak settle lagi ni. (tp sempat pulak berblogging! hahahah)

[ Lagu ] - koleksi lagu duet




lagu duet apa yg korang suka?
hehe .. tetiba nk buat entri ni .. sbb baru2 ni dengar lagu duet yg lama xdengar tapi aku suka sangat - Doa Buat Kekasih : Ramli Sarip ft Khaty Ibrahim. lagu dan lirik yang best!

lagi?apa lagu duet yang aku suka ye?? hurm ...


1. One Sweet Day - Mariah Carey ft Boyz II Men
2. Dua Insan - Ezad& Iva (version baru)
3. Ke Pintu Syurga - KRU ft Elite
4. Cinta Ada - sheila majid, karen , Jac
5. Hati Kama - CT + Noraniza Idris



will update later

[ bebel ] - FINAL PIALA MALAYSIA : tak perlulah baling objek segala ..haish~!



Final Piala Malaysia berlangsung sekarang.. dengarnya Kelantan mendahului Negeri Sembilan dgn 2 gol berbalas 1. aku tak layan.sibuk dengan urusan mencari dan membaca artikel smbil bermuka buku .. huh .. kecewa bila dapat tau insiden baling2 objek, asap berkepul .. ish .. ini ke budaya penonton bola sepak Malaysia sekarang???

aku tak nak tau penyokong belah mana yang mulakan dulu .. tak kisah pun sape mula dlu .. yg penting .. kenapa perlu begitu?reaksi sebegitu protes utk siapa?pemain?pengadil?apa faedahnya? konon psikologi lah kan? ish .. aku cukup marah dan kecewa lah! nasib baik la tak layan tgk bola arini...

aku teringat .. pernah baca posting seorang blogger pasal hal ni .. dia comparekan dgn penonton/penyokong bola sepak kat luar negara nun .. siap boleh dok sebelah2 .. even lain2 pasukan yang diorg sokong ... takde gaduh2 pun .. relaks jer .. siap boleh salam2 .. tepuk sama2 .. budaya orang barat yg baik macam ni .. mmg patut kita contohi .. bukan semua budaya mereka tak baik ..

hurm .. kalaulah ada rakyat negara asing yang tengok perlawanan final harini .. ish .. malulah ! konon nya rakyat Malaysia berbudai bahasa,sopan santun ..



>rindukan saat2 menonton perlawanan bola kat stadium merdeka dulu.penyokong Selangor dan penyokong pasukan Perak duduk sebelah2 jer .. tepuk tangan sama2 .. sorak sama2 .. tak bergaduh pun .....

[ TAG ] - award dari Esah@Ermalina


suke...suke ..suke .. hahahahhaha gedik tak?? :P




1) Thank to person who gave you this award and the link of the person

owh esah .. owh erma .. jutaan terima kasih diucapkan kepada ermalina kerana sudi..... skemanyer!!! tukar2 .. thx erma .. sudi bagi i award yg best neh!! hehe ..award kedua ni .. mekaceh!! ha.. korang, jenguk2 la blog erma ni .. Noh HUJAN adalah peminat dia!! :P huahahahahha~

2) Spread the award to 15 blogger who you like and think their blog is awesome!

Omak aih~!! banyak nyer!!! hurm..kebanyakkannya erma dh TAG la .. so, ini jelah yg tinggal~
* Leen
* Ummi
* Aten
* Kak Wani
* Kak Zai
* Lia
* Erma CPR
* Lin Othman
* sesiapa saje yg sedang membaca entry ni



3) tell 7 thing about yourself

* panggil saya ieja@iejat
* berumur 19 tahun! hahahaha..suka suki jer nk diskaun umur kan? i'm 28...but who cares? no. doesn't matter
* saya suka makan (tapi takut gemuk.hahahahaha..)
* saya suka masak (sebab tu saya suka makan. :P )
* saya kipas susah mati CT Nurhaliza!(tapi saya tak suka Datuk K :( )
* saya suka gajah.tapi tak boleh nak bela gajah kat umah.tak muat.
* saya single lagi! (huahaha..apa motif disini yer??haha ..takde motif..jgn fikir bukan2 .. suka ati saya lah .. ini blog saya!huahahahah.. opsss .. "control urself lah! haiya~ )

[ Tips ] - mata kena cili???

 google search.. and jumpa gmbar ni di sini



ini bukan sessi Ratu Tips tau .. hehehehe .. pada yg mendengarkan SuriaFM setiap hari Isnin-Jumaat pkul 11pagi,mesti kenal sapa tu Ratu Tips .. mai dari Kedah punya~ ;)


hari Ahad yang lepas, memang la slalu dok tolong mak kat dapur memasak.kali ni mak suruh tumbuk sambal belacan.cili merah dok bubuh 5 biji, cili api dok bubuh dalam 5 biji jugak.haa.. org tua2 kata ..nak pedas, bilangan tu kena ganjil (even 6 lebih bnyk dr 5)..dok nak ikut petua org tua2 .. kita ikut la kan. then tumbuk la. 'tung tang tung tang' .. sekali .... BANG~!! (menipu aih .. ada ka bunyi cam tembakan pistol?) masuk kat mata kiri aku!!! huwaaaaaa!! pedihnya bukan main.tak tau nak cakap camna lah! meraung aku kat situ.dah macam Kassim Selamat cucuk mata dia dengan garfu!

Masa tu, mak dengan segera amik air masuk dalam mangkuk .. then soh aku rendam kan mata tu .. then dia soh aku makan secubit garam..dalam keadaan pedih mata tu .. buat je lah kan.MASIN!!pastu dia soh pi basuh kaki. ish .. buat apa pulak basuh kaki??? buat je lah .. tak lama lepas tu .. baik dah! macam tak percaya...petua tu berkesan lah!


tengok2 cermin, mata merah menyala na .. pastu berair jer .. huh~!

lepas tu .. sambung tumbuk sambal belacan ...sambil pakai sunglasses!! hehehehehhe



[ Me ] - revolusi november ini!!



"Revolusi~! Revolusi~!Revolusi~! " - sing it .. loudly!


opss .. entry ni takde kaitan dengan HOTFM yg nak buat perubahan bermula November ni..tapi maybe secara kebetulan.. NOVEMBER!

sejak awal bulan July sudah difikirkan.
yelah .. terlalu banyak berfikir tanpa apa2 tindakan .. tak bagus juga kan?
menyedari yg aku tak boleh nak buat dua kerja dalam satu masa,
FOKUS kan kepada satu jer. (that's why if i'm driving, i can't do anything - like SMS, answer phone call etc .. tp kadang2 tu if terpaksa, buat jugak la ...tp mesti ter'lost' control..BAHAYA!)

then, last week, i met kak Yati .. kena basuh jugak la.then fikir punya fikir.. i decided to join them.. full time. what a fast decision i have made! huh.. bukan apa .. if tak decide masa tu, my license MATI! so .. kena decide nak buat part time or full time.part time?after work aku mesti ada kat umah.mengalahkan org dh kawin kan?hehe .. bkn apa, aku risau mak sorang2 kat umah.abah jarang2 ada kat umah (kerja katanya), akak pun kadang jer ada kat umah (but now ada kat umah la .. tunggu kaki dia ok).hurm .. itulah kan.utamakan keluarga.

yakin boleh~! uhh .. tp kadang2 ada timbul rasa gelisah+takut. bila dh positifkan diri mengatakan AKU BOLEH!, ada je SUARA sumBang yg mengatakan AKU TAK BOLEH! .. selalu je la nk suruh aku fikirkan perkara2 negatif.cet! pergi jauh2 la~!!


yup.saat ni memang aku perlukan sokongan semua terutama mak & famili.perubahan! selama hampir 5 tahun tanpa apa2 perubahan,now it's time to take a challenge.try my best .. tak rugi pun amik risiko ni..insyaAllah .. ALLAH tunjukkan jalan.yg penting .. aku kena la tetapkan hati~ jgn suka berubah. mind set pun kena lah selalu positif (i'll try .. biasala .. kadang2 tu terfikir gak perkara2 negatif)

fuhh ... 1,2,3 .. lepaskan segalanya~!!
if they think & believe  u can .. why don't u believe urself Hazniza??? 

pict from this site


pagi tadi dengar lagu ERTI HIDUP - by Dayang Nurfaizah .. dengar lirik dia .. meremang bulu roma .. terus bangun dan siap2 gi keje (awal pulak arini sampai pejabat)







[ Me ] - bersedia menderma organ?

rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat pemurah.lihat sahaja peminta sedekah dijalanan.semakin bersepah.dimana-mana saje ada.
huh..boleh juga aku katakan peminta sedekah ni dah jadi satu kerjaya.mana taknya, mendengarkan kajian/penyamaran yang dibuat oleh wartawan Utusan (aku mendengar ulasan ini di Hotfm Amkrew),mereka menyamar sebagai peminta sedekah, mereka boleh dapat sehingga RM100 dalam masa 2jam~!! huh .. kalau peminta sedekah tu 'bekerja' mengikut waktu pejabat (9jam), boleh dapat RM450! sebulan??ish .. lumayan jugak ye kerjaya sebagai peminta sedekah ni??
(ada ke yg terfikir2 nak berhenti kerja tu??haha .. jaaaangaaan~!!)


eh ..bukan kerjaya sbg peminta sedekah yg ingin aku ceritakan .. tapi .. tentang derma organ. 
Derma wang,pakaian,harta benda,kereta,barang,makanan .... semuanya dah biasa kita buat dan dengar ... derma ORGAN?? pernah dengar .. tapi tak biasa kita dengar bercerita "saya dah daftar as penderma organ"

Winnie Chen, seorang penerima jantung mekanikal dilaporkan mati otak selepas mengalami strok dan meninggal dunia pada 11 Oktober yg lalu.bertahan selama 26 bulan menunggu penderma jantung yang sesuai.Winnie juga telah berhasrat untuk mendermakan organnya sebagai wasiat terakhir..demi untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

terdapat beberapa orang lagi yg sedang menunggu penderma yang sesuai...dan mungkin akan mengalami nasib yang sama.. [sigh]


sample pict. credit to Life @bout uLi


pada mulanya aku takut juga.terfikir-fikir .. apa hukumnya disisi agama? selepas membaca beberapa artikel mengenai pendermaan organ dan hukumnya, kini aku yakin.dan mula mencari dimana boleh aku mendaftarkan diri..

[sebelum tu ada bertanya pada mak .. bolehkah?tapi mak tak bagi ... macam mana ni?patut ke aku daftar dulu, kemudian baru bagitau? ... owh ye ..aku ada terbaca : sekiranya selepas mendaftar, tiba2 kita mahu menarik diri .. boleh .. just maklumkan sahaja.mudah kan? ]


jadi .. marilah.sama-sama mendaftar sebagai penderma organ.

tak yakin lagi? baca ni > Hidup Memberi… Derma Organ!

[ TAG ] - Fakta mengenai ...

awal2 pagi dah ada keje melambak.huh..waktu lunch ni rehat jap.so baca blog (xtvt yg bagus utk rehatkan minda.. ;) ) smbil dengar lagu2 Maher Zain yang aku baru saje masukkan kat phone.

uhh .. kena TAG lagi~! bukan marah .. tapi SUKE~!! hahhahaha .. giler reply TAG ek?hehehhe ...

okla.ni TAG dari Pn Eita

Write 5 interesting facts about the person who give u this award..

  1. have a happy family.. [semoga kekal hingga akhirat.AMin~]
  2. seorang ibu dan wife yg baik.mana tau?baca dari blog la.. even tak slalu (er ..mmg tak pernah pun kan??)  jumpa or keluar sama ..
  3. suke citer pasal Miq kat blog .. and aku suka baca~! wee~comel!
  4. dia pernah tersalah org waktu chat kat YM dgn aku .. rupa2nya sama nama dgn kwn dia kat ofis (kot..tak ingt kawan mana) .. lps tu gelak terbahak2 masing2 ..hehe .. 
  5. suka TAG aku .. sbb aku rajin balas! haha .. TAG lah lagi .. suke~!

Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby..
  1. anak ke2 ..kwn2 kata aku nmpk brutal/ganas, tp sebenarnya aku agak sensitif & manja ...cuma tak suka tunjuk... famili & rakan rapat je tau..
  2. suka laut dan PANTAI.bila pandang laut yang luas .. seolah2 melepaskan segala bebanan dan masalah.angin pantai .. uhhh .. nk gi bercutilah .. jom~!
  3. suka kerja2 teknikal.kat umah kalau paku memaku,grill .. panjat sana sini..aku lah yg buat.and abah slalu mengharapkan kat aku je.sbb tu aku tak brp nk feminin. 
  4.  orang kata aku cool ..kebanyakkannya .. tp sebenarnya diri ini menyembunyikan perasaan sebenar dalam diri.
  5. sebenarnya .. seorang yang pemalu dan penyegan. (gelak??betul ni .. tak caya ke?)
  6. suka masak~!! dan makan!! hahaha.. sbb tu suka sangat tengok channel AFC & Food Network .. then cari resipi kat tenet.then buat kat umah, present food kat famili.bila diorang kata sedap and habiskan mknn tu .. terasa puas~!! HATI tersenyum!
  7. i like photography very much~! hopefully dpt siyes dlm bidang ni.
  8. sangat2 SETIA orangnya. bukti? 5tahun tak tukar2 keje (even tau company ni tak kukuh sangat),still teringt kat sidia walaupun dia dh kawen.. (tp jgn risau.ingt xsemestinya dihati ada lagi .. ;) )
  9. tak suka shopping~! haha .. pelik tak? suka beli barang2 yg perlu saja.then pakai barang tu sampai rosak, baru beli lain.
  10. suka memandu laju~! dan kalau diri dalam keadaan marah atau gundah gulana ketika memandu .. mungkin akan bawak kete secara bahaya.huh ..sikap yg ni pun kena DELETE terus~! mudah2an.


Pick your most 10 deserving recipients and describe them..
1. Erma  - a.k.a esah~! dak fun corner yg dok kat nun kedah~
2. Kak leo  - tiger pon pon~! hehe .. one of my close friend. kurus tapi kuat makan!
3. Zue  - kecik2 cili api..bnyk mende dia leh buat. futsal,photography,ish .. mcm2 la.
4. Pejal - AirAsia~! hehe ..kurus dan tinggi ..suka photography gak. saycheese~!
5. Leen - mama kpd Sara.. hehe. one of my bff
6. Ummi - kwn ms kat utm.ms thn2 akhir,suka bonceng motor dgn dia.wee~
7. Aten - minat kat ff,nad af,deen .. eh .. deen tu bf awak ke? (its joke)
8. Aida Arisya - nama sebenarnya sama dgn nama mak aku.hehehe.
9. Kak Zai - webmaster fun corner forum.  .. jgn suka2 off topic tau~ ;D
10. Lynn Othman - member skola rendah.. SKBTC



me : (secara kebetulan .. kita menjelaskan sape diri kita sebenarnya kan?huahaha .. sama benar atau tidak fakta ni .. hanya kita & Allah saje yg tau ..and ..bonus kepada rakan2 yang sememangnya mengetahui/mengenali kita)

[ bebel ] - paksa orang beli .. then .. menipu!

pernah tak korang dipaksa membeli sesuatu dalam keadaan korang nak cepat??
huh~! baru je jadi tadi.
dalam keadaan nak cepat ke bank,tau2 jelah .. parking kat bank..sure penuh.nasib baik masa tu ada kereta nak keluar..so aku masuk kat situ.dh ready matikan enjin,baru je nak unlock pintu kereta, ada sorang mamat cina muncul tiba2 depan cermin kereta.tunjukkan sebiji buah duku utk aku merasa.

"beli.3kilo 10ringgit saja" siap bukakkan pintu kete aku.
"nantilah,saya nak cepat ni.nk pegi bank~!"
aku jawab dgn keadaan tergesa2.yelah .. kalau lama2, buatnya pegawai DBKL dtg, tak pasal2 kena saman parking merata.

"ok.nnt datang sini balik ha" .. masa tu aku dah laju ke bank.malas nak layan. after selesai urusan kat bank, keluar cepat.. aku tgk2 mamat tu .. terus masuk kereta..la .. dia nmpk aku.terus meluru kat depan pintu .. hulurkan buah duku yg dh siap bungkus.aku nak elak camne ye?nak blah camtu je takut dia apa2 kan aku.ish .. nak kata aku takde duit, baru je pegi bank.

"saya takde 10 ringgit.lagipun saya tak makan buah duku ni." ..dlm fikiran.kena beli jgak ni.kalau tak .. takleh balik la aku..
"u bagi i sekilo saja lah.ckup."
"sekilo 4 setengah.you beli 2kilo la, tujuh ringgit"
aku balas "takmau2.saya nak sekilo jer"

then aku hulur not RM5 "haiya .. saya takde duit kecik"
"ala .. 3ringgit saja lah" then dia mengalah "ok lor"

dalam tergesa2 ..aku balik.dlm ati tak puas hati jgak la.smapi ofis, aku tgk buah2 tu.dah beli .. kena la makan kan? sekali .. cis! dh la tak aku rasa tak smpi sekilo pun .. banyak yg busuk dari elok.cet~! dah la kena paksa .. kena tipu pulak.haish~! tapi kalau aku tak beli, tak dapat pulak aku balik ofis.hurmmm ..

rasa2nya ni taktik terbaru diorg menjual kot.paksa2 org beli.yelah .. kalau duduk jer kat van tu .. mana nk beli kan?dan aku rasa .. apek muda tu (sebab tu awal2 aku bhskan dia as mamat cina) bukan penjual buah kot.ntah mana dia kutip buah duku melambak tu ntah ..

geram lagi ni~! haish~!!

[ Bebel ] - Bajet 2011

buat pertama kalinya aku mendengar penuh pembentangan Bajet 2011 oleh mantan Perdana Menteri; Dato Seri Najib Tun Razak.mungkin scr kebetulan.. mendengar sambil buat kerja.

tertarik dgn bahasa yg digunakan.sesekali berjenaka.tergelak lah jugak.

hurm..kebanyakan bajet membabitkan penjawat2 awam .. bagaimana dgn pekerja sektor swasta?owh ... Dana Pencen Swasta .. tp tu pun aku tak jelas tentangnya.apa kelebihannya.balik kena baca paper ari Sabtu (ada lagi kot kat umah tu)

Kedengaran sangat bising bila PM menyebut '11juta utk sekolah permata' .. fikiranku nakal mengagak kenapa..tapi tak perlulah dibincang disini.owh ..ya .. aku sendiri kurang pasti dan kurang ambil tahu .. 'Sekolah Permata' tu utk apa sebenarnya.PM kata program baik utk anak2 Malaysia.er ..ada info lanjut ke pasal sekolah permata ni??ada kot.mungkin aku yg taknak amik tahu.xpelah..lps ni kot. :P

TOL takkan naik dlm ms 5 tahun?baguslah.tapi kotakan janji tu betul2.jangan nnt pelbagai alasan pulak nak naikkan lagi.tak pun .. naikkan harga petrol pulak.sama jer kalau harga TOL naik.

penjawat awam .. masing2 nakkan bonus sebulan gaji.(kalau aku pun nak!) .. tapi tak dapat.just dpt RM500 utk tujuan pendidikan.ni aku tak sure lah org yg belum kawin dapat ke tak.kalau dapat . .nak lak aku pao adik aku sket.hehehe.

tak puas hatinye . .cukai perkhidmatan naik 1%.aiseh .. kalau mcm tu .. makan dirumah aje la jwbnyer.(kbnykan fast food fav, kopitiam .. ada gov tax!)

then .. dgrnya sape yg guna Astro pun kena cukai ek?ala .. dh la mahal.guna Astro pun sbb nk d[t signal yg clear ..(alasan!haha .. pdhal kalau hujan .. tak clear gak~!) ..

aku suka ucapan penutup PM.semangat kenegaraan Malaysia tanahairku. lahirku disini,mencari rezeki disini..dan insyaAllah .. nafas terakhirku pun disini. ( dalam impian mahu mati di Kaabah, Makkah)

[ Family ] - happy birthday MAK!!

makkkk~!! happy birthday!! cayang mak!!


malam tadi telah menunaikan permintaan mak yg nak dibelanja makan kat tasik kononnya .... bukan tak pernah belanja dia makan,tapi minggu lepas dia bercerita pasal kawan ofis dia yg makan2 kat atas tasik.anak2 kwn dia belanja. (aku tak surelah kat mana) .. terus dia request.

"kali ni mak nak makan kat tempat macam tu.tak mau la kat mamak or restoran biasa-biasa"

restoran biasa2?hahaha...yelah mak.

daripada hari isnin aku dok berusaha cari kat internet, tmpt makan yg ada suasana tasik2 yg mak ceritakan tu .. puas carik..ada satu dua jer area yg dkt2 sket ..hurm .. last2 aku pilih restoran cerana yg terletak dkt dgn lebuhraya cheras-kajang.betul2 belakang Petronas.

ok.dah tau tempat.set dgn akak,shema (dia balik JB 12hb, so terpksalah awal sehari dr date 13hb).set dgn abah sekali (takut2 dia ada keje mlm ni).

smpi kat restoran cerana .. suasana mmg cantik lah .. mak dah sengih2 ..kagum kot dgn hiasan dlm restoran tu .. siap kata "fuiyo" ..heheh..

lepas pilih meja,order air fresh orange for me&mom, apple juice for akak&shema,pineapple juice for abah.then order makanan : siakap 3 rasa,butter prawn,tomyam campur, telur dadar (ini kesukaan abah), sotong goreng tepung & sayur campur.. wah .. bnyk kan??huhu ..takpelah .. sekali sekala.then aku & shema gi pilih ikan,udang&sotong.

owh.ada live band.ada la bbrp pengunjung yg request lagu birthday utk org2 kesayangan mereka.sama lah mcm tujuan kami kat situ.huhu .. tp kitorg tak gi request dlu .. relaks~ kalau berturut2..jenuh kakak tu nk nyanyi berderet2 .. tak best la kan ..

makanan sampai.penuh meja seh~!! hahah.padahal utk 5 org jer.
aku?amik yg dekat dlu la.butter prawn.hurm.not bad.tp lagi sedap aku pernah makan kat Intai2.tapi tak taulah ada tmpt yg lagi sedap.

hurm.satu yg aku tak berapa suka. tomyam dia tak panas dan masam!! uhh..dah la itu kesukaan aku.takpelah.sekali ni je pegi.

mak makan dgn berselera nya. sambil2 tu aku amik gmbr.
makan smpi kenyang~! ..sbb terlalu banyak.erkkkk~ alhamdulillah~ :P


nak balik, aku gi bayar.total RM170.55. okla..takde la mahal sgt.sambil tu mintak kat waiter tu request lagu Bday utk mak..heheh.. dr tmpat bayar aku nmpk mak sengih2 bila penyanyi tu sebut nama 'Faridah Bakri' .. abah pun.hehe..

lepas amik gmbr ..kitorg balik.dgn perut penuh.kekenyangan.


hajat mak kesampaianlah kan.hope mak suke~!

Happy birthday yg ke-56 mak~!!luv you~!!!

menunggu hidangan tiba ...hurm.. (ni shema punyer keje)

yeay~! mknn dah sampai~ penuh meja!

kenyang sampai menutup mata...shema pulak cam cover2.mulut penuh tuu~

abah as usual . .dia yg abes makan dlu.laju btul makan.

tinggal kepala je? (ikan siakap)

sape punye pinggan la ni?

paling sikit makan.kenyang katanya.

weee~ patut mak kat tgh .. tp .. yelah..abah mmg susah nk bergmbr.so .. ini lah pose yg terbaek~

mak tak ready utk sengih nih~.


p/s : sayang ja'a takde sekali...dia tau ni .. mesti jeles~!huahahha~

[gambar akan dikongsikan nanti.huhu.buat masa skrg tak free.dah kantoi.takkan nk buat lagi kan?]

[ Teater ] - Muzikal Tun Mahathir .. banyak jasanya pada kita....


agak sebak dan mengalir airmataku pada bahagian akhir Muzikal Tun Mahathir (MTM) yg aku tonton malam rabu (6hb) yg lepas..dan kiini barulah aku faham .. kenapa beria sangat Tun M meletak jawatan pada 31 Oktober 2003 (info dr sini ) ..sedih mengenangkan ..owh...semasa layar & pelakon2 menunjukkan betapa banyaknya kemajuan dan jasa Tun M kepada orang2 Melayu khususnya dan Malaysia amnya, aku terfikir-fikir2 .. ya .. perjuangan Tun M memang belum selesai .. lihat sajalah sikap2 org2 Melayu pada zaman sekarang ni (bukan semua .. tp .. kebanyakannya .. ) ..dengki khianat, rasuah sana sini, tak boleh lihat orang lain senang ..mcm2 la ..hurm .. harapan Tun M terlalu tinggi utk bangsanya ..

ok.itu pendapat aku.cukup smpi sini.takut ada yg berkecil hati.

keseluruhan jalan cerita .. OKLA .. huhu .. ada part yg agak bosan .. skrin layar (tanpa pelakon) yg aku rasa amat panjang ..ada part yg aku rasa perlu di ringkaskan .. miming (owh .. aku lebih suka if diorg nyanyi live .. baru lah 'ada feel'.
kadang2 lagu tu terberhenti mcm tu je .. then sambung dgn babak yg lain.ada delay dlm 5 saat .. ish .. tak best2 .. kesinambungan takde. hasil dari pengarah yg sama, aku rasa naskah Ibu Zain much better than this.sorry .. its my opinion. ;)

set pentas? not bad.biasa je kot.takde apa yg dabomb ..


lakonan?owh ...semuanya ok.tapi aku tertarik dgn lakonan Qhaud AF7 & Esma Daniel.Qhaud benar2 memeriahkan suasana.. part before Qhaud masuk .. agak bosan .. hampir nak terlelap mataku .. bila Qhaud masuk .. aksi dia menggamatkan seisi istana budaya~! comel! rambut kembang2 dia mengingatkan aku kepada pelakon High School Musical .. sebijik~!

Esma Daniel .. syabas~!! bukan senang nk tiru gaya Tun M, even tak 100%, he did a good job!


yang pasti kali ni aku tak dpt nk tggu lama utk ambil gambar pelakon2,sebab mak aku ada sama.sudah pun pukul 12tgh malam.jadinyer .. balik awal lah~ :P



 esma daniel .- sama kan gaya nyer dgn Tun M?

team MTM


para pelakon, penari, pengarah, pengarah muzik dan bbrp orang diblkg tabir MTM


 sempat mak aku tido waktu break 15minit .. bosan la tu.huhu

next time angah ajak tgk citer yg best ek .. yg tak bosan. ;D


ya.jasa Tun M terlalu banyak utk kita.. lihat saja Putrajaya,KLCC,Sepang, KLIA, Petronas .. banyak lagi lah .. aku pun tak faham .. kenapa ada yang bencikan Tun M .. dialah perdana Menteri terbaik dunia! ingt lagi pada tahun 1998?zaman kegawatan ekonomi dunia .. disaat negara2 asia lain jatuh teruk ekonominya .. pimpinan Tun menyebabkan kita tidaklah seteruk negara2 lain .. yg berhutang dgn IMF~! sayangnya beliau pada bangsanya .. (tp tidak melupakan bangsa yg lain) .. tapi itulah .. tak smua hati org sama .. tak smua sukakan Tun M .. tp bagi aku .. dialah HERO Melayu, & Malaysia~! (walaupun  mungkin ada bbrp perkara yg tak betul dia buat .. tp kenangkan jasa nya .. ignorekan saja - itu urusan dia dgn Allah)





p/s : next teater .. erm .. maybe nak tengok Pi Mai Pi Mai Tang Tu .. mesti best kan?? ;D

[ Me ] - gajah kecik .. owh gajah kecik




hahaha ..dlm bnyk2 haiwan .. kenapa gajah????
nape ek? gajah kecik ... haha .. masa kat sedundun lah ni ..

asalnye .. masa blajar subjek IT, kitorg diwajibkan ada satu email khas .. so masa kat Cybersix (CC kolej KTC) .. terpikir2 la .. nama apa nak letak .. jari aku cepat je taip gajahkecik@cathca.com (pernah dgr tak catcha.com ? masa ni baru lagi kot .. skrg tak tau ada lagi ke tak) .. email tu pun dh lama benor aku tak bukak... so sejak dari tu lah kot . .diorg kat blok sedundun .. tak abes2 .. gajah kecik .. gajah kecik .. hahah .. dh ghoper gajah ke aku neh??? :P

and .. ada patung gajah kecik yg jiran sebelah bilik aku bagi > Nana. comel sgt gajah tu .. and now .. rasanya patung tu kat sri sabah kot ..

dan .. tak sangka pulak .. this year .. aku dpt card dr WWF .. ada Gajah comel~!! i like it!!! cam tau2 je aku suka gajah kan??weeeee~ (^_______^)v




(nk upload gmbar bday kad tu .. tp slow pulak tenet arini.cet.)

[ TAG ] - menjawab TAG dari Pn Eita

aku sebenarnya nak update blog ..tapi nak amik mood menaip, baca la blog member2 dlu..so dah tentunya blog2 yg baru update kita boleh tau dari dashboard kan? .. scroll down .. tgk lah blog Apple of my Eye ni .. hehe .. sbb kadang2 ada gak info menarik yg tuan punya blog ni kongsi kan .. alih2 .. la .. kena TAG..hehe .. takpe. buat TAG ni dlu lah.. weee~

1) Name one person who made u laugh last night?
Qhaud AF7!! hehe .. mlm tadi tgk muzikal tun mahathir .. tau2 jelah .. citer psl sejarah .. alih2 Qhaud buat lawak .. hehe ..comel~!

2) What were u doing 1 hour ago?
siapkan apa yg lady boss aku nak .. tau lah dia nak kuar .. macam2 nak soh .. aku tgh buat ni . .dia suruh siapkan tu .. seb baik aku leh handle ..keje sorg2 .. camnila ..

3) What was da last thing you said out loud?
" hey..tolonglah bagi laluan~!" (bengang bila takde sorg pun nk bg laluan aku nak masuk ke stesyen minyak, even aku dh bg signal brp lama dok kat tgh2 jalan tu.huh~

4) Where's da next place you're going to?
tempat makan best .. request by my mom .. utk bday dia 13hb ni .. mana ye??

5) What was da last thing u paid for?
newspaper .. haha (tiap2 ari mmg tugas aku beli paper .. melainkan abah aku dh beli)

6) Where were u last nite?
Istana budaya - muzikal tun mahathir .. weeee~

7) What's da best ice-cream flavour?
Vanila+Strabery+coklat..hehe .. nepolian ek??apa ntah namanya .. :P

8) Do u wanna cut your hair?
hurm .. nak jgak .. naik rimas dh .. sbb dh mula pjg .. tp .. rasanya nk biarkan pjg mcm dlu lah .. heheheh~

9) Do u love to 'melatah'?
huhu .. tak suka lah melatah .. nnt org gelakkan ..
kdg2 jer melatah .. tgk keadaan ..tak teruk sgt pun .. biasa2 jer .. ;)

10) If that so(melatah), what will u said out loud?
"Oh Mak kau" .. tu jer .. seb baik tak mencarut kan?hurm .. if tgh ckp bbrp word masa tu then ada mende jatuh ke .. word tu lah yg terkeluar ..sbb tu kena ati2 .. jgn ckp word yg tak elok.



11) What does da last text-msg received say?
sms from emmy bear .. fb2mobile .. yg comment my status kat FB "suka2...mmg comey n sempoi..."

12) Will u get married in da future?
apa punya soalan da .. mestilah nk kawen.Nabi tak mengaku umat tau kalau kita tak kawen .. tapi tu la .. takde boyfren lagi neh .. :P

13) Do u chew on your straw?
kadang2 .. bila tgh menunggu ke .. tgh geram ke .. hehehe

14) Do u make-up your own words?
er... its not my word actually .. tp word ni dpt dr sorg naqibah yg aku sayang .. "life is learning" .. boleh kan?? :P

15) Is there anyone u like/love right now?
buat ms skrg .. my abah,mak,adik beradik, kawan2, itu jelah ..

16) Tag to other 5 bloggers/more
Leen
Aten
Kak Leo
Erma
Zuraiha
Pejal
Lia



weeeee..... eita .. i'm done~!! (^__^)v

[ Lirik ] - Insha Allah by Maher Zain

baru je dengar lagu ni kat Suria FM .. terus jatuh cinta dgn lagu nyer .. lirik dia memberi semangat.ye .. Allah sentiasa ada disisi. dia tetap ADA.




Insha Allah – Maher Zain

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way

Show me the way
Show me the way
Show me the way

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way




syukur alhamdulillah ..DIA masih lagi memberiku peluang .. walaupun aku seringkali terkandas..seringkali melupakan .. seringkali lalai ..

[ Filem ] - Magika .. dunia fantasi yg indah!

aku tau aku dapat tiket Magika free dari hotfm .. tp disebabkan waktu tak sesuai, dan kebetulan adik aku, Shema last day kat KL ari ahad tu(19hb),and akak pun baru balik dari camping, ajak diorg tgk Magika. dekat jer..kat AEON -TGV Cheras Selatan, tak booking .. terus ke sana and hopefully ada la tiket utk kitorg.. and .. luckyly ..tiket ada lagi.seat pun ok la..takde la bwh sgt ...ramai yg tgk citer Legend of Fist (aku nak tengok gak .. tp kena sokong filem tempatan dlu ar.. kata Malaysia~!!)


wah ...... apa ek yg boleh aku katakan ... teruja?er .. nak nyanyi & menari bersama?? terpukau?kagum? owh .. semualah .. sebab ini filem muzikal pertama kat Malaysia... good job Edry .. even ramai yg meragui kejayaan filem ini menarik orang ramai menontonnya .. yelah .. konsep muzikal .. siapa je yang berani memulakan? aku dah terbiasa menonton teater muzikal .. jadi tak menjadi masalah pada aku untuk menonton filem ni .. tapi .. aku boleh jamin .. siapa2 pun yg tak pernah menonton teater muzikal..akan terhibur dgn konsep Magika ..

aku terpukau part Maya Karin .. ramainya Maya Karin~!! then kagum dgn scheme / tone warna di alam Magika ..warna bukit hijau terang ..bunga, tasik, pokok, hutan .. ish .. semualah..hurm .. mmg adik beradik KRU terer bab nih~!

jalan cerita simple .. boleh layan.lagu2 pun boleh layan .. sampai kan aku terasa nak terus beli soundtrack dia lah.tp masa tu dh tgh malam .. mana bukak kedai cd tu ..

hah .. ramai pelakon hebat2 :
>Mawi - as Badang.peneraju utama.tetiba aku terasa tersuka lak kat mawi .. eh .. tp rambut palsu yg pjg tu kdg2 mcm mengganggu pulak ,
>Diana Daniel - as Ayu.peneraju utama.good job.tak sangka dia leh menyanyi,
>Fimi - as Malik.peneraju utama.sorg lagi bintang kanak2 yg berbakat,
>Aznil - as Pak Pandir.as usual ..u know Pak Nil kan?
>Kak Engku - as mak andeh..samalah.
>Maya Karin - as puteri2 bunian .. tak banyak berckp ..just menari2 ikut lagu ..
>Ziana Zain - nenek kebayan yg cantik~!(suka tgk part dia),
>Sh amani & Sh aleya - bwg putih & bwg merah yg sorang sengal, sorang lagi sopan2 skit..hehe,
>Adibah Noor - mak Bwg Putih & Bwg Merah
>M.Nasir - penunggu kat jambatan tasik chini + Naga (i like the naga song .. )
>Nabil - as org minyak, hitam legam!hahaha, Norman Hakim - awang yg mencari dayang ..tapi tertikam Mahsuri,
>Vanida Imran - as Mahsuri (dia mmg layak pegang watak tu .. dia cantik menawan!!),
>Jalaludin Hasan - as ayah kpd Ayu & Malik
>Rusminah Sidek - as nenek kepada Ayu Malik
>KRU - as pokok2 dihutan yg pandai menyanyi (suka dgn lagu time ni.lirik dia..boleh nyanyi la bila nk berbaik2 dgn my siblings )
>Senario - as lima sahabat pahlawan melaka. Hang Tuah & rakan2 (loghat masing2 .. lain2..klakar la .. hadoi )

er...ada yg tertinggal tak?mmg pelakon nyer ramai .. tapi sedikit pun tak menjejaskan fokus kat penceritaan filem ni.


so .. apa lagi .. pada siapa yg belum menonton Magika .. sila2 kan ke pawagan berdekatan (berjauhan pun takpe .. jauh perjalanan .. luas pengetahuan :P )

pengajaran filem ni :
1. jangan main2 diwaktu senja.
2. dengarlah kata kakak/abang / orang yg lebih tua dari kita.
3. jangan kacau Naga~!! (ahhaha .. ni lawak jer)
4. adik beradik .. gaduh2 pun akan berbaik semula .. jadi jgn lah terlalu nak marah2 ..

[ Lirik ] - Super Something, YUNA

chorus lagu ni berulang2 kali aku dengar kat hotfm,
diorg dok cuba menang RM300 seorang,then dapat lak rm3000 if jadi juara..
ada yg sedap suaranya .. ada yg tetiba pitching lari ..tp menang gak ..camno?

bila dh asyik dgr jer .. jadi best lak.try carik lirik dia.dan jumpa~ terus nyanyi lah .. apa lagi~ ;P



Yuna - Super Something

You see
I was nothing more
Than a girl who wished
For something different
Watchin her dreams
From a distance

You see
When you came in
It's a different game
You believe in me so much
You turn me from nothing to a girl
Who's super-something

(Chorus)
You'll see
I'm better
I'm faster
Stronger
I'm happier
When you by my side
(Ku lalui semua dengan senyuman di wajahku)
You'll see
I'm better
I'm faster
Stronger
I'm happier
When you by my side
(Ku tempuhi semua kerana engkau di sisi ku)

The truth is
I was never more than this
Something kept me from reaching out
For something
But my heart is wanting
What it's looking for
Then you came
You turn me upside down
I'm no longer afraid
Of chasing
Possibilities
I'll be the last one standing

credit to : http://www.lyricsmode.com/lyrics/

[ Lirik ] - BULAN DITUTUP AWAN

1st time dengar lagu ni masa akustika raya - Yuna, Aizat, Hujan (program raya), terus jatuh hati.. masa tu kebetulan mak pun dengar .. terus dia kata "ni lagu lama ni.." .. terus aku carik lirik & lagu ni .. susah woo .. akhirnya jumpa di Arnamee dot com [credit to this web]


BULAN DITUTUP AWAN - YUNA cover Rokiah Wanda



sumber gambar : mstar online


Wahai
janji setia sudah diucapkan
aduh
kata bersumpah telah kupadukan
kini
engkau pergi jauh membawa diri
tinggal
daku saorang dalam sunyi sepi


nun bulan ditutup awan
terkenang...
hati bertambah rawan


wahai
jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu
tidak kuturut sedari dahulu


wahai janji setia sudah diucapkan
aduh
kata bersumpah telah kupadukan
kini
engkau pergi jauh membawa diri
tinggal
daku saorang dalam sunyi sepi


nun bulan ditutop awan
terkenang
hati bertambah rawan


wahai
jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu
tidak kuturut sedari dahulu


[ Food & Recipes ] - kek batik kukus

aku suka kek batik.adik aku Ja'a tu pun.
tapi yg pandai buat kek ni shema jer..
masa aku 1st time buat dgn dia dulu .. keras gila jadinye.
balik kat dinding .. rasanya dinding yg pecah kot.
hahaha .. terlebih milo la kot.
lps2 tu..terus aku tak buat dah ..

alih2 .. shima yg try buat.menjadi!
dan skrg dia kat JB .. sape nk buat?
aritu dia balik KL,mintak dia ajarkan.
tapi .. aku dah lupa la..hahaha

yg ni .. aku dpt dari myresipi.com
kek batik gak .. tp kukus.

dan hasilnyer :

tak berapa nak cantek lah ..

hehe .. dah siap dipotong ..

bezanya kek batik yg ni lembut sebab dikukus.
kalau kek batik biasa tu .. crunchy ..coklat melekat..

ok.now nak share resipi nyer
(nak share link myresipi.com.. tp aku takleh nk bukak la .. kot2 korang leh bukak.. )

Bahan2 :
• 1 cawan tepung naik sendiri
• 5 biji telur A
• 250 gm mentega/marjerin
• 1/3 cawan milo
• 2 sb serbuk koko
• 2 sb browning sugar/gula hitam* (kalau xde, boleh guna 1 sb coklat emulco)
• 1 sdt esen vanilla
• 3/4 cawan gula halus
• 1/2 cawan susu pekat manis
• biskut marie secukupnya (dipatah2kan)

*ada cara nak buat gula hitam ni.jumpa kat myresipi.com gak.

Cara-cara :
1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Lengserkan loyang kek dgn mentega dan taburkan tepung.Lebih elok lapik dgn kertas minyak supaya senang nk keluarkan keknya (aku gunakan kertas kosong A4,then sapu mentega atasnya)
2. Ayak tepung bersama koko dan milo. Gaulkan rata2. (masa aku buat ni .. ada tinggal serbuk koko / milo yg ketul2 ..hurm .. rasanya milo or serbuk koko tu basah kot.so make sure dua2nya kering)
3. Pukul mentega dgn gula sehingga btl2 hancur dan kembang. Masukkan telur sebiji dan pukul sehingga sebati dan masukkan sebiji lagi telur dan pukul sebati. Ulangi sampai habis.
4. Masukkan susu. Putarkan lagi sehingga rata. Masukkan gula hitam atau boleh juga guna coklat emulco. Kacau sebati.(gambar menunjukkan gula hitam yg dyg gunakan : gula hitam homemade boleh rujuk kat sini : )
5. Masukkan tepung perlahan2 sambil diputar. Akhir sekali masukkan esen vanilla
6. Tuangkan 3-4 senduk nasi utk lapisan pertama dan susunkan biskut marie di atasnya. Tutup dgn kertas foil dan kukus selama 5-7 minit (bergantung pd jenis pengukus) (tekan2 sedikit (jgn terlalu kuat) lapisan yg tlh dikukus dgn senduk/sudu sblm melapis utk lapisan seterusnya)
7. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong
8. ***semasa melapis adunan kek, sila guna api sederhana shj.


(gmbar dalam myresipi.com tu cantek jer..ish .. takleh jadi.nnt nk buat lagi sekali .. kasi cantek cam dlm gmbar tu.. :P )

[ Food & Recipes ] - kek lapis asam manis

nyum3 .. beberapa tahun dulu, asyik makan kat umah makcik aku jer.dia rajin buat kek.tp sejak beberapa tahun lepas, rasa kek tu dah tak sama..lapisan makin tebal,asam manis tu pun tak bnyk .. so tahun ni aku ada cakap kat mak "apa kata kita buat sendiri tahun ni?" .. aku refer kat buku merah (diari warna merah yg mak tulis segala resipi dari kawan2,jiran,sedara dll)

2 minggu before raya aku dah beli bahan2 buat kek ni.
tapi 1day before raya baru ada mood nak buat.
kerjasama antara aku,mak & akak.
sebabnya nak buat kek ni perlu kesabaran.
ye lah .. berlapis2 tu ...
tp yg seronok . .bila nk letakkan hawflakes tu..
masing2 berebut nak susun.heheh..

asingkan jadi 2 , satu kuning, satu hijau .. (next nak buat merah kuning lak .. MU / Selangor  ;D )


masuk dalam periuk kukus


and .. akhirnya .. siap.
buat 2 adun. yg pertama bnyk lapis ..
yg kedua tu .. 4 lapis jer ... sbb hawflakes cam tak cukup.

hasilnya... nyum2

opss .. lupa lak nk amik gmbr yg dah siap.
dan kek tu dh pun abis (yelah ..dah raya ke-11 neh)


yup.sejak akhir2 ni aku rajin cari resepi, then if bahan dia senang nak cari, aku akan try buat.hehe ....
best pulak main masak2 ni. nape la aku atak amik kursus masak memasak dulu kan? O__o

(resipi aku kongsi kemudian.ntah kenapa myresipi.com takleh nk bukak.hish~)

[ Me ] - cerita 1,2,3 Syawal

raya tahun ni tak mcm tahun lepas. tahun ni aku & kakak takde sibuk2 nak gi jalan TAR utk shopping last minit.tahun ni aku tak beriya-iya nak beli baju untuk raya.biasa2 saje.langsir pun dah siap pasang seminggu before raya. baju pun.dah gosok 1 week before raya.now tinggal nak masak2 jer.owh ya .. 1day before raya aku sibuk nak buat kek lapis asam manis.bahan-bahan semua aku dah beli.resipi ambil kat myresipi.com

leceh gak buat kek ni.hadoi.tp at least .. kek menjadi~!!!
dan .. sekarang ni hampir-hampir nak abes.. (camne nak bagi kawan2 makan ni??)


awal jugak aku bangun kali ni.lepas mandi sunat raya,siap-siap.
owh..tak dapat lagi nak solat sunat hari raya. :(
hurm .. tunggu nak solat hari raya bersama future husband ke?? :P

bermaafan dipagi raya.mula dgn mak dlu.then barulah kami adik beradik.
owh .. shema takde.terpaksa bekerja.
hurm.ye..kali ni aku takde teruja sangat nak amik gmbr.mungkin pengalaman tahun lepas kot..yelah .. baru aku perasan..smpi skrg..aku takde bergambar masa raya.
ish...

hah..pagi beraya di ampang & kota damansara.
then terus ke Tg Karang.. kampung mak.
rumak Mak cik ciah,mak odin,then mak alit.
kenyang seh~!!
malam tu jugak balik KL.


2nd Syawal : bersiap-siap untuk ke Alor Gajah Melaka pulak. tapi kena tunggu kawan2 abah datang beraya.pelik?taklah ..ini kawan2 India.diorg kerja as driver dbkl.siap cakap tamil dgn abah ni.aku confuse .. abah paham ke??

owh .. as usual .. highway ke selatan mesti jem.baru sampai bdr seri putra .. hadoi.seb baik abah yg drive.
pkul 2 smpi kat umah pkcik ajis.wah~ dah tmbah kerusi baru!!
mkn2 ..pastu ke umah makcik2 yg lain .. kecuali umah Mak Ngah ..
sengketa lama tak terubat lagi kot.
tp bila dgr citer dr pkcik2 yg lain.. tak teringin kot aku nk gi umah mak ngah.
fitnah abah macam2.huh!

balik ke KL, aku yg drive.abah ngantuk.
owh.dah biasa.aku lah 2nd driver.
kalau siapa2 perasan .. cantik bulan masa malam ke-2 syawal.
bulan sabit, then ada 1 bintang kat atas bulan tu.


raya ketiga ..
menunggu kedatangan tetamu.
owh .. masak..masak..dan masak.
rumah kami mmg takde konsep umah terbuka.
datang jer .. kalau bagitau awal..mmg macam2 lah ada.
tapi kalau datang mengejut pun .. ada jugak .. simple2 je la .. as mee goreng..
kalau ada lagi rendang .. kira bernasib baik lah. ;)


owh ..apa yang aku suka tentang raya ... MAKANAN~!!
dan berat dah naik dah ni..camno??

huwaaaa~

[ Me ] - cerita RAYA

cerita raya

raya dah dekat neh.
ada ura2 kata raya ari khamis,ada pulak menafikan, raya ikut kalendar lah, ari jumaat.ada yg panik if raya ari khamis.. sabar ye.kita tunggu pengumuman dibuat.


owh.diwaktu ini aku masih kat ofis.
menyelesaikan kerja-kerja..
yg masih tersisa..
ah .. sempat pulak menaip utk blog ni.hehehe.

sambil mendengar radio.
celoteh DJ radio yg membuat aku tersenyum.
terbayang gaya nya bila keudara.
hahahahahah .. ada saje ideanya..
lagu2 raya berkumandang.
owh .. ikut sekali menyanyi.
(lalalalla .. macam nak menari .. tapi .. tak pandai lah~ )

mulalah terkenang indahnya raya waktu kecil dulu.
dua minggu before raya,baju mesti dah siap.
mak pandai menjahit.dia jahit sendiri baju anak2nya.
kami sedondon.itu sudah pasti.

kuih raya buat sama2.
sibuk buat kuih samprit.dua bentuk.
satu panjang,satu lagi bentuk bunga.
sama2 bersengkang mata after sahur/berbuka.
masa tu kat flat sri sabah.
dah siap2 bungkus kuih raya untuk Wan (arwah nenek).

dua hari sebelum raya mesti dah sampai kat tanjong karang.
kami berempat dibelakang.sempit sket.
dlm perjalanan.semuanya tido.hahahaha.kalaulah masa tu ada kamera...

sampai kampung, tunggu Mak Alit (adik mak) balik.
dia mesti belikan bunga api. aku & sepupu yg lain pasang pelita.
dikiri dan kanan.. sepanjang jalan menuju ke rumah wan.
main bunga api .. yeay~!!



 sumber gmbr dr web Upin & Ipin


mak & makcik-makcik sibuk kat dapur.
sesekali dengar suara mak memanggil suruh tlg itu dan ini.
biasalah tu. riuh rendah didapur.

buka puasa ramai-ramai.berkumpul semuanya.
macam2 cerita.
pakcik2 kat blkg umah dh siapkan api utk rebus ketupat.
aku dan kakak sibuk susun kuih dalam balang kuih.
(5 biji masuk balang, satu mesti masuk mulut!! ;D )

Wan pulak masa aku kecik mmg tak sihat.
duduk jer tgk kitorg buat persiapan.
ye..wan pun ada baju baru.mak jahitkan.
ada jgak dr makcik & pakcik.
malam sebelum raya, kakak gosokkan baju abah,mak & adik2.


pagi raya : masing2 sibuk.mak & makcik kat dapur sibuk.
kami ni .. berebut bilik air.nak mandi..
nasib baik umah wan ni ada 2 bilik air.so takdela nak gaduh2.
kitorg bagi keutamaan kat pakcik & sepupu2 lelaki.
diorang kan nak solat raya.

part paling best, bersalam bermaafan.
after pakcik2 balik dr solat raya.berkumpul.
family masing2.. then adik beradik mak.
salam dgn wan.

yg lagi best : dapat duit raya!!!!
hehe .. adik mak yg paling bongsu bg paling bnyk.
then, kami adik beradik akan bandingkan .. duit sape paling bnyk!!


konvoi ramai2 gi rumah sedara area kuala selangor.
then.. bila habis pusing smua umah sedara,
kami pulak pusing satu kawasan umah wan.
konon nak kumpul duit raya.
tapi tak semua yg bagi.
takpe.kami tak merungut.sbb perut kami pun terisi.nyum2.
kembong perut suka hati~!


lepas tu, raya kedua or ketiga baru balik melaka.
kat melaka pulak lain cerita.
beraya dgn makngah & pcik ajis.
best dapat jumpa pak long (arwah)
paklong bujang.tak kawen lagi.
dengan paklong mmg dpt bnyk.


meriahnyer kan??


sekarang???

sejak Wan dah takde.abah balik melaka jer.
tapi sejak perselisihan faham famili sana, abah tak balik dah.
5 tahun kot beraya kat KL.
tahun pertama kat KL sbb abah sakit.
jadi tak kemana lah.tunggu sedara datang umah jer.

tahun-tahun seterusnya.. kat KL jgak.
hari raya kedua or ketiga baru balik kampung.
sekarang baru terasa .. owh .. aku org KL!
anak jati org KL .. beginilah rasanya raya di Kuala Lumpur.

berkunjung ke rumah sedara yg tak balik kampung.
rumah jiran?owh .. takde.smua balik kampung.
jalan raya lengang...siap boleh baring2.
main teng-teng ke kat atas jln raya .. ok gak kan?hwahahaha.


tak mengapalah .. raya dimana-mana pun sama.
(nak memujuk hati sendiri nih)

kepada rakan2 ..
selamat balik kampung.
kem salam kat orang kampung yer.

Selamat Hari Raya Aidilftri
Ampun & Maaf diatas segala salah dan silap.
Berhati-hati dijalan raya.
Jangan Main Bunga Api .. mainlah lagu Bunga Api Dihati (promote ..heheh)
Sama-sama meriahkan suasana hari raya bersama keluarga.
dan jangan dilupa pada yang telah tiada.



Salam Aidilfitri dariku,

Hazniza Zin @ Ieja Zin @ Iejat.

[ Me ] - happy birthday yg ke-24!! :P

alhamdulillah .. masih lagi diberi peluang utk hidup.
syukur kepada Allah.hurm .. dua tahun dah sambut birthday dlm bulan ramadhan.. tak seronok?eh .. sambut bday masa bulan puasa lah seronok.sbbnyer .. akan celebrate masa bukak posa ... time ni la leh makan ramai2 satu meja dgn famili.meriah kan?

bday wishes aku terima kat sms tak bnyk.takpelah.disebabkan kecanggihan dunia IT skrg ni...wish guna FB pun ok.jimat.kan?bersyukur dan berterima kasih pd rakan2, famili yg eish bday .. doa2 kalian ...amat dihargai.semoga dimakbulkan Allah di bulan yg mulia ini.


tahun ni aku tak mintak apa2 pun dr mak or abah.just doa.
mak SMS aku pagi tadi
mak : "eh .. angah,mak lupa la, bday angah ari isnin kan" ..
aku : "ye mak.harini lah :P " .
mak : "happy bday ngah.nak banjer apa?KFC?"
aku : "hehe kata KFC takleh makan.takpelah mak,doakan angah je la"
mak : "doakan angah dpt keje,cpt jodoh, dpt insuran"

huhu..mak aku.itulah.selagi tak dpt keje yg dia rasa terjamin utk anak dia..itu bukan kerja namanya.cpt jodoh tu.. selalu jer.dia tau anak dia sorg ni jer takde BF..alah .. takpelah mak.jodoh tu ketentuan Allah.ada la tu nnt .. insurans?insyaAllah mak.ni angah yg kena usaha sendiri. ;)

tenang + happy. pagi2 aku dh carik baju baru.yer .. baju baru di hari jadi aku.
gembira.dikelilingi orang2 yg aku sayang.mak,abah,akak,shema & jaa .. kawan2 yg aku sayang .. yg memahami..yg sentiasa mendengar cerita dan masalahku .. terima kasih.


dan ... happy bila mendengar suara mereka di radio. thn lps dgn DJ F .. thn ni .. DJ M pulak.ah .. tito malam termimpi2 lah ni~ ;) .. hahahhaha~

[ hotfm ] - Mari beramal bersama colgate + hotfm




alhamdulillah .. hajat kesampaian utk bersama2 berbuka puasa dengan anak2/org2 yg kurang bernasib baik. 2 kali hantar penyertaan.

teringt masa 1st berbuka puasa dgn fafau & fun corner kat hotel berdekatan mid valley.dengan anak yatim jgak.tapi tak puas nak borak2.and kali ni, dpt peluang bersama penghuni PEYAKIN (PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM / MISKIN) di Klang. pergi bersama kakak. huh.sesat jgak la bila nak kesana.tp alhamdulillah, smpi jugak.

smpi2, daftar.aku tak nmpk pun AG,fafau or fbi.belum smpai kot.
then penghuni2 tu berkumpul.bahagi kumpulan.diorg ni campur2 .. ada yg dr darjah 3 ..sampai lah ke tingkatan.ada anak yatim, ada jgak dari kalangan keluarga miskin.
aktiviti : menghias pondok. aku satu kumpulan dgn AG.aduh .. dgn smua budak2 lelaki.. AG siap ckp .. "ha .. biar kakak ni yg hias semua". adoi ..

seb baek budak2 nbi kreatif jugak.ntah mana diorg dpt betik muda, kayu penyapu .. diorg buat bunga manggar .. pastu leh lak cari kayu penahan utk buat ala2 mcm nk bakar lemang.kreatif & boleh diharap.cuma ada yg sorg dua tu yg ckp lepas .. biasalah .. budak2.

and done.berjaya! cantek!!hehe. (sayang takde gmbr.tggu dr hotfm je la :( )

then masing2 tukar baju.aku & kakak pun.ke bilik warden.fafau pun ada dlm tu.huh ..dia siap bwk towel segala.tau2 je.hehe.katanya "saya dh tau asrama .. mesti ada bilik air..mandi la ..apa lagi" .. tp mmg sempoi la fafau. dia solat asar kat blik warden.

buka posa sama2. style bazar.not bad.budak2 ni pun displin jer.bagus btul.

lps maghrib berjemaah, smbg lagi.diorg ada buat persembahan.sedap sore masing2.
fafau balik .. aku & kakak pun balik.sbb rs mcm dah lewat.

> sgt best dpt borak2 dgn diorg. aku belajar 2 shortform baru - ABC & BMW kat sini.insyaAllah .. ada masa lapang, kita jmpa lagi yer. ;)



if ada peluang lagi mcm ni, aku nak pegi lagi. ;)


promo

Related Posts with Thumbnails

Back to Home Back to Top [ Life is Learning ]. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.