[ Tips ] - mata kena cili???

 google search.. and jumpa gmbar ni di sini



ini bukan sessi Ratu Tips tau .. hehehehe .. pada yg mendengarkan SuriaFM setiap hari Isnin-Jumaat pkul 11pagi,mesti kenal sapa tu Ratu Tips .. mai dari Kedah punya~ ;)


hari Ahad yang lepas, memang la slalu dok tolong mak kat dapur memasak.kali ni mak suruh tumbuk sambal belacan.cili merah dok bubuh 5 biji, cili api dok bubuh dalam 5 biji jugak.haa.. org tua2 kata ..nak pedas, bilangan tu kena ganjil (even 6 lebih bnyk dr 5)..dok nak ikut petua org tua2 .. kita ikut la kan. then tumbuk la. 'tung tang tung tang' .. sekali .... BANG~!! (menipu aih .. ada ka bunyi cam tembakan pistol?) masuk kat mata kiri aku!!! huwaaaaaa!! pedihnya bukan main.tak tau nak cakap camna lah! meraung aku kat situ.dah macam Kassim Selamat cucuk mata dia dengan garfu!

Masa tu, mak dengan segera amik air masuk dalam mangkuk .. then soh aku rendam kan mata tu .. then dia soh aku makan secubit garam..dalam keadaan pedih mata tu .. buat je lah kan.MASIN!!pastu dia soh pi basuh kaki. ish .. buat apa pulak basuh kaki??? buat je lah .. tak lama lepas tu .. baik dah! macam tak percaya...petua tu berkesan lah!


tengok2 cermin, mata merah menyala na .. pastu berair jer .. huh~!

lepas tu .. sambung tumbuk sambal belacan ...sambil pakai sunglasses!! hehehehehhe



Comments

Popular posts from this blog

[ Me ] - I am so grateful to be ...

Jumbo Gajah Biru

[ PRU ] - mula menyimpan untuk pergi HAJI / UMRAH