[ Me ] - cerita RAYA

cerita raya

raya dah dekat neh.
ada ura2 kata raya ari khamis,ada pulak menafikan, raya ikut kalendar lah, ari jumaat.ada yg panik if raya ari khamis.. sabar ye.kita tunggu pengumuman dibuat.


owh.diwaktu ini aku masih kat ofis.
menyelesaikan kerja-kerja..
yg masih tersisa..
ah .. sempat pulak menaip utk blog ni.hehehe.

sambil mendengar radio.
celoteh DJ radio yg membuat aku tersenyum.
terbayang gaya nya bila keudara.
hahahahahah .. ada saje ideanya..
lagu2 raya berkumandang.
owh .. ikut sekali menyanyi.
(lalalalla .. macam nak menari .. tapi .. tak pandai lah~ )

mulalah terkenang indahnya raya waktu kecil dulu.
dua minggu before raya,baju mesti dah siap.
mak pandai menjahit.dia jahit sendiri baju anak2nya.
kami sedondon.itu sudah pasti.

kuih raya buat sama2.
sibuk buat kuih samprit.dua bentuk.
satu panjang,satu lagi bentuk bunga.
sama2 bersengkang mata after sahur/berbuka.
masa tu kat flat sri sabah.
dah siap2 bungkus kuih raya untuk Wan (arwah nenek).

dua hari sebelum raya mesti dah sampai kat tanjong karang.
kami berempat dibelakang.sempit sket.
dlm perjalanan.semuanya tido.hahahaha.kalaulah masa tu ada kamera...

sampai kampung, tunggu Mak Alit (adik mak) balik.
dia mesti belikan bunga api. aku & sepupu yg lain pasang pelita.
dikiri dan kanan.. sepanjang jalan menuju ke rumah wan.
main bunga api .. yeay~!!



 sumber gmbr dr web Upin & Ipin


mak & makcik-makcik sibuk kat dapur.
sesekali dengar suara mak memanggil suruh tlg itu dan ini.
biasalah tu. riuh rendah didapur.

buka puasa ramai-ramai.berkumpul semuanya.
macam2 cerita.
pakcik2 kat blkg umah dh siapkan api utk rebus ketupat.
aku dan kakak sibuk susun kuih dalam balang kuih.
(5 biji masuk balang, satu mesti masuk mulut!! ;D )

Wan pulak masa aku kecik mmg tak sihat.
duduk jer tgk kitorg buat persiapan.
ye..wan pun ada baju baru.mak jahitkan.
ada jgak dr makcik & pakcik.
malam sebelum raya, kakak gosokkan baju abah,mak & adik2.


pagi raya : masing2 sibuk.mak & makcik kat dapur sibuk.
kami ni .. berebut bilik air.nak mandi..
nasib baik umah wan ni ada 2 bilik air.so takdela nak gaduh2.
kitorg bagi keutamaan kat pakcik & sepupu2 lelaki.
diorang kan nak solat raya.

part paling best, bersalam bermaafan.
after pakcik2 balik dr solat raya.berkumpul.
family masing2.. then adik beradik mak.
salam dgn wan.

yg lagi best : dapat duit raya!!!!
hehe .. adik mak yg paling bongsu bg paling bnyk.
then, kami adik beradik akan bandingkan .. duit sape paling bnyk!!


konvoi ramai2 gi rumah sedara area kuala selangor.
then.. bila habis pusing smua umah sedara,
kami pulak pusing satu kawasan umah wan.
konon nak kumpul duit raya.
tapi tak semua yg bagi.
takpe.kami tak merungut.sbb perut kami pun terisi.nyum2.
kembong perut suka hati~!


lepas tu, raya kedua or ketiga baru balik melaka.
kat melaka pulak lain cerita.
beraya dgn makngah & pcik ajis.
best dapat jumpa pak long (arwah)
paklong bujang.tak kawen lagi.
dengan paklong mmg dpt bnyk.


meriahnyer kan??


sekarang???

sejak Wan dah takde.abah balik melaka jer.
tapi sejak perselisihan faham famili sana, abah tak balik dah.
5 tahun kot beraya kat KL.
tahun pertama kat KL sbb abah sakit.
jadi tak kemana lah.tunggu sedara datang umah jer.

tahun-tahun seterusnya.. kat KL jgak.
hari raya kedua or ketiga baru balik kampung.
sekarang baru terasa .. owh .. aku org KL!
anak jati org KL .. beginilah rasanya raya di Kuala Lumpur.

berkunjung ke rumah sedara yg tak balik kampung.
rumah jiran?owh .. takde.smua balik kampung.
jalan raya lengang...siap boleh baring2.
main teng-teng ke kat atas jln raya .. ok gak kan?hwahahaha.


tak mengapalah .. raya dimana-mana pun sama.
(nak memujuk hati sendiri nih)

kepada rakan2 ..
selamat balik kampung.
kem salam kat orang kampung yer.

Selamat Hari Raya Aidilftri
Ampun & Maaf diatas segala salah dan silap.
Berhati-hati dijalan raya.
Jangan Main Bunga Api .. mainlah lagu Bunga Api Dihati (promote ..heheh)
Sama-sama meriahkan suasana hari raya bersama keluarga.
dan jangan dilupa pada yang telah tiada.



Salam Aidilfitri dariku,

Hazniza Zin @ Ieja Zin @ Iejat.

4 comments:

Rita Razif said... [Reply to comment]
September 8, 2010 at 3:16 PM

ermm.. sabar laa jat.. eita pun xder kmpg gak.. menumpang kasih kampung husband jer.. tu pn bkn tiap2 thn blk taiping.. uhuks

sedey plak bc entry jat kali nie.. mcm kita 2 org jer yg keja hr nie kn? org lain semua dh xder.. eita bc blog jat.. jat bc blog eita.. uhuks

aper pun.. things happened for a reason.. at least jat masih ader family.. take care yaaa :)

once again.. slmt hr raya + maaf zahir batin + drive safely..

Hazniza Zin said... [Reply to comment]
September 14, 2010 at 9:31 AM

owh ..tak niat pun nak sedey2 ..huhuhu .. yelah kan ..redha jer .. manalah tau..nnt jat kawen dgn org yg ada kampung...

ya..yg penting still ada famili.tak kira mcmmana pun ...raya dgn famili ttp diutamakan~ ;)

(baru je bc komen ni.alhmdulillah .. perjalanan waktu beraya selamat ;) )

ha ..nnt senang2 dtg lah ke umah jat.eita tak pernah smpi lagi ke umah jat kan? ;D

Rita Razif said... [Reply to comment]
September 17, 2010 at 2:22 PM

umah iejat kt mana? mana laa tahu klu terlalu lalang ker kn..

nnt klu free join laa aida dtg umah eita jugak.. tunggu finalise date dlu.. aida pun kt ganu lg nie.. huhu

Hazniza Zin said... [Reply to comment]
September 20, 2010 at 10:09 AM

owh ..umah jat kat tmn bukit anggerik, cheras.

tu la .. bila date nyer .. nnt bgtau ek. ;)

promo

Related Posts with Thumbnails

Back to Home Back to Top [ Life is Learning ]. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.