MALAYSIA menang Piala Suzuki 4-2 wey~!!!!!

Pasukan Malaysia meraikan kejayaan gemilang merangkul Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta di sini, Rabu. Foto AP.
(sumber gambar : Mstar Online)


dengan penuh semangat ...jom nyanyi lagu ciptaan Ultras MalayaUltras Malaya (kan?kalau salah bgtau ek. ;) )

OLE 2x...OLE2x...
BERJUANGLAH .. PAHLAWANKU..
SATU KANLAH TEKAD SEMANGATMU..
KAMI RELA KORBAN NYAWA
DEMI NEGARA YANG TERCINTA
......OLE 2x.. OLE2x..

walaupun tak dapat tgk kat kedai2 mamak...sama2 raikan dgn rakyat Malaysia yg lain, aku tetap bersorak kat rumah bersama mak,abah & akak!! dah lama kot rasanya tak bersorak mcm ni bila ada perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Malaysia ... semakin menyerlah skuad Malaysia bimbingan Rajagopal!! 
I'm proud of them. seronok tengok perlawanan malam tadi.

Alhamdulillah... kita semakin disegani.tak lagi diperkecil-kecilkan ..dipandang sebelah mata. maruah bola sepak negara kembali semula ..kegemilangan bola sepak negara semasa hayat Allahyarham Mokhtar Dahari dinanti-nantikan!! diharapkan kecemerlangan dan kegemilangan ini berterusan. 
tannggungjawab pemain berusaha, tanggungjawab penyokong haruslah setia


yang pasti, nama pemain seperti Khairul Fahmi ( i like him..cute!! heheh) , Safee Sali, Muslim, Ashaari, Shahrul Idlan menjadi sebut-sebutan dan akan menjadi rebutan... tak kiralah rebutan dalam arena bola sepak, mahupun dalam majalah-majalah..haaa ...majalah2??? lucu pulak bila terbaca status seorang teman di facebook berbunyi begini 

"Dear Rajagopal, please keep Khairul Fahmi, Safee Sali & others from M***** or U**V!!!"

hahhaha .. tergelak jugak la... kenapa?yelah .. siapa peminat/pembaca majalah2 tu,tau2 jelah... tempat shooting gmbr yg diorang paling suka buat kat mana??? kolam renang!!... then bila dh sana sini terkenal....shooting sana sini, dapat offer berlakon la..apa la ..mula lah prestasi menurun ... takmau2 ..kami nak pemain yg sedia ada ni kekal ..masih muda semua2 ni.kekalkan prestasi.
(nama majalah tu...fikir jugak sendiri yer ..hahahah) 


apapun ..syabas team Malaysia~!! dan kepada team Indonesia, memang malam ni you all main best,banyak buat serangan yg bisa buat ku cemas! ..cuma nasib tak menyebelahi kalian.boleh cuba lagi tahun-tahun depan ya...tapi aku pasti, team Malaysia antara team yang terkuat.jaga2 ya~!!



p/s : perkara menarik semasa perlawanan malam tadi :

1. semangat kesukanan dua2 pihak.bila pemain Indon krem kakinya, pemain Malaysia tlg legakan, bila pemain Malaysia plak, diorg tlg redakan. macam ni lah bagus~
2. hantaran terbaek dari shahrul utk Safee mmg cantek... Safee umpama Rooney MU, badan besar tp lari laju~!!
3. pasukan Indonesia banyak menyerang, tapi takde nasib kot.minit2 akhir baru gol.
4. pasukan Malaysia passing bola selalu bagi kat pemain Indon.geram gak tgk.
5. aksi Khairul Fahmi mmg terbaek!!! menyelamatkan cubaan2 bahaya dr penyerang Indon.
6. Bambang Pamungkas...lama jugak tak tengok aksi dia.dulu dia pemain pasukan Selangor kan??dia nmpk cam kurus ..cengkung jer kan?
7.. sedey pulak aku tgk muka2 penyokong Indonesia masa sesi penyampaian hadiah tadi... tp tergelak dgn sorg penyokong ni ..dr mimik muka dia tu seakan2 tak percaya tahun ni, Piala Suzuki tu milik Malaysia ..sabar ya pak..cubaan lagi tahun2 depan~ ;)






1 comments:

•♥• RR •♥• said... [Reply to comment]
December 30, 2010 at 8:42 AM

betul tu jat.. walaupun xdpt tngk kt kedai mamak or dataran merdeka.. tp ttp menyokong dr umah.. bertempik, berteriak kegembiraan dgn hsband.. sowie miq, mama over! ekeke

Malaysia kita semakin kuat mengaummm.. proud with them!

promo

Related Posts with Thumbnails

Back to Home Back to Top [ Life is Learning ]. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.