[ bebel ] - FINAL PIALA MALAYSIA : tak perlulah baling objek segala ..haish~!



Final Piala Malaysia berlangsung sekarang.. dengarnya Kelantan mendahului Negeri Sembilan dgn 2 gol berbalas 1. aku tak layan.sibuk dengan urusan mencari dan membaca artikel smbil bermuka buku .. huh .. kecewa bila dapat tau insiden baling2 objek, asap berkepul .. ish .. ini ke budaya penonton bola sepak Malaysia sekarang???

aku tak nak tau penyokong belah mana yang mulakan dulu .. tak kisah pun sape mula dlu .. yg penting .. kenapa perlu begitu?reaksi sebegitu protes utk siapa?pemain?pengadil?apa faedahnya? konon psikologi lah kan? ish .. aku cukup marah dan kecewa lah! nasib baik la tak layan tgk bola arini...

aku teringat .. pernah baca posting seorang blogger pasal hal ni .. dia comparekan dgn penonton/penyokong bola sepak kat luar negara nun .. siap boleh dok sebelah2 .. even lain2 pasukan yang diorg sokong ... takde gaduh2 pun .. relaks jer .. siap boleh salam2 .. tepuk sama2 .. budaya orang barat yg baik macam ni .. mmg patut kita contohi .. bukan semua budaya mereka tak baik ..

hurm .. kalaulah ada rakyat negara asing yang tengok perlawanan final harini .. ish .. malulah ! konon nya rakyat Malaysia berbudai bahasa,sopan santun ..



>rindukan saat2 menonton perlawanan bola kat stadium merdeka dulu.penyokong Selangor dan penyokong pasukan Perak duduk sebelah2 jer .. tepuk tangan sama2 .. sorak sama2 .. tak bergaduh pun .....

[ TAG ] - award dari Esah@Ermalina


suke...suke ..suke .. hahahahhaha gedik tak?? :P




1) Thank to person who gave you this award and the link of the person

owh esah .. owh erma .. jutaan terima kasih diucapkan kepada ermalina kerana sudi..... skemanyer!!! tukar2 .. thx erma .. sudi bagi i award yg best neh!! hehe ..award kedua ni .. mekaceh!! ha.. korang, jenguk2 la blog erma ni .. Noh HUJAN adalah peminat dia!! :P huahahahahha~

2) Spread the award to 15 blogger who you like and think their blog is awesome!

Omak aih~!! banyak nyer!!! hurm..kebanyakkannya erma dh TAG la .. so, ini jelah yg tinggal~
* Leen
* Ummi
* Aten
* Kak Wani
* Kak Zai
* Lia
* Erma CPR
* Lin Othman
* sesiapa saje yg sedang membaca entry ni



3) tell 7 thing about yourself

* panggil saya ieja@iejat
* berumur 19 tahun! hahahaha..suka suki jer nk diskaun umur kan? i'm 28...but who cares? no. doesn't matter
* saya suka makan (tapi takut gemuk.hahahahaha..)
* saya suka masak (sebab tu saya suka makan. :P )
* saya kipas susah mati CT Nurhaliza!(tapi saya tak suka Datuk K :( )
* saya suka gajah.tapi tak boleh nak bela gajah kat umah.tak muat.
* saya single lagi! (huahaha..apa motif disini yer??haha ..takde motif..jgn fikir bukan2 .. suka ati saya lah .. ini blog saya!huahahahah.. opsss .. "control urself lah! haiya~ )

[ Tips ] - mata kena cili???

 google search.. and jumpa gmbar ni di sini



ini bukan sessi Ratu Tips tau .. hehehehe .. pada yg mendengarkan SuriaFM setiap hari Isnin-Jumaat pkul 11pagi,mesti kenal sapa tu Ratu Tips .. mai dari Kedah punya~ ;)


hari Ahad yang lepas, memang la slalu dok tolong mak kat dapur memasak.kali ni mak suruh tumbuk sambal belacan.cili merah dok bubuh 5 biji, cili api dok bubuh dalam 5 biji jugak.haa.. org tua2 kata ..nak pedas, bilangan tu kena ganjil (even 6 lebih bnyk dr 5)..dok nak ikut petua org tua2 .. kita ikut la kan. then tumbuk la. 'tung tang tung tang' .. sekali .... BANG~!! (menipu aih .. ada ka bunyi cam tembakan pistol?) masuk kat mata kiri aku!!! huwaaaaaa!! pedihnya bukan main.tak tau nak cakap camna lah! meraung aku kat situ.dah macam Kassim Selamat cucuk mata dia dengan garfu!

Masa tu, mak dengan segera amik air masuk dalam mangkuk .. then soh aku rendam kan mata tu .. then dia soh aku makan secubit garam..dalam keadaan pedih mata tu .. buat je lah kan.MASIN!!pastu dia soh pi basuh kaki. ish .. buat apa pulak basuh kaki??? buat je lah .. tak lama lepas tu .. baik dah! macam tak percaya...petua tu berkesan lah!


tengok2 cermin, mata merah menyala na .. pastu berair jer .. huh~!

lepas tu .. sambung tumbuk sambal belacan ...sambil pakai sunglasses!! hehehehehhe



[ Me ] - revolusi november ini!!



"Revolusi~! Revolusi~!Revolusi~! " - sing it .. loudly!


opss .. entry ni takde kaitan dengan HOTFM yg nak buat perubahan bermula November ni..tapi maybe secara kebetulan.. NOVEMBER!

sejak awal bulan July sudah difikirkan.
yelah .. terlalu banyak berfikir tanpa apa2 tindakan .. tak bagus juga kan?
menyedari yg aku tak boleh nak buat dua kerja dalam satu masa,
FOKUS kan kepada satu jer. (that's why if i'm driving, i can't do anything - like SMS, answer phone call etc .. tp kadang2 tu if terpaksa, buat jugak la ...tp mesti ter'lost' control..BAHAYA!)

then, last week, i met kak Yati .. kena basuh jugak la.then fikir punya fikir.. i decided to join them.. full time. what a fast decision i have made! huh.. bukan apa .. if tak decide masa tu, my license MATI! so .. kena decide nak buat part time or full time.part time?after work aku mesti ada kat umah.mengalahkan org dh kawin kan?hehe .. bkn apa, aku risau mak sorang2 kat umah.abah jarang2 ada kat umah (kerja katanya), akak pun kadang jer ada kat umah (but now ada kat umah la .. tunggu kaki dia ok).hurm .. itulah kan.utamakan keluarga.

yakin boleh~! uhh .. tp kadang2 ada timbul rasa gelisah+takut. bila dh positifkan diri mengatakan AKU BOLEH!, ada je SUARA sumBang yg mengatakan AKU TAK BOLEH! .. selalu je la nk suruh aku fikirkan perkara2 negatif.cet! pergi jauh2 la~!!


yup.saat ni memang aku perlukan sokongan semua terutama mak & famili.perubahan! selama hampir 5 tahun tanpa apa2 perubahan,now it's time to take a challenge.try my best .. tak rugi pun amik risiko ni..insyaAllah .. ALLAH tunjukkan jalan.yg penting .. aku kena la tetapkan hati~ jgn suka berubah. mind set pun kena lah selalu positif (i'll try .. biasala .. kadang2 tu terfikir gak perkara2 negatif)

fuhh ... 1,2,3 .. lepaskan segalanya~!!
if they think & believe  u can .. why don't u believe urself Hazniza??? 

pict from this site


pagi tadi dengar lagu ERTI HIDUP - by Dayang Nurfaizah .. dengar lirik dia .. meremang bulu roma .. terus bangun dan siap2 gi keje (awal pulak arini sampai pejabat)







[ Me ] - bersedia menderma organ?

rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat pemurah.lihat sahaja peminta sedekah dijalanan.semakin bersepah.dimana-mana saje ada.
huh..boleh juga aku katakan peminta sedekah ni dah jadi satu kerjaya.mana taknya, mendengarkan kajian/penyamaran yang dibuat oleh wartawan Utusan (aku mendengar ulasan ini di Hotfm Amkrew),mereka menyamar sebagai peminta sedekah, mereka boleh dapat sehingga RM100 dalam masa 2jam~!! huh .. kalau peminta sedekah tu 'bekerja' mengikut waktu pejabat (9jam), boleh dapat RM450! sebulan??ish .. lumayan jugak ye kerjaya sebagai peminta sedekah ni??
(ada ke yg terfikir2 nak berhenti kerja tu??haha .. jaaaangaaan~!!)


eh ..bukan kerjaya sbg peminta sedekah yg ingin aku ceritakan .. tapi .. tentang derma organ. 
Derma wang,pakaian,harta benda,kereta,barang,makanan .... semuanya dah biasa kita buat dan dengar ... derma ORGAN?? pernah dengar .. tapi tak biasa kita dengar bercerita "saya dah daftar as penderma organ"

Winnie Chen, seorang penerima jantung mekanikal dilaporkan mati otak selepas mengalami strok dan meninggal dunia pada 11 Oktober yg lalu.bertahan selama 26 bulan menunggu penderma jantung yang sesuai.Winnie juga telah berhasrat untuk mendermakan organnya sebagai wasiat terakhir..demi untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

terdapat beberapa orang lagi yg sedang menunggu penderma yang sesuai...dan mungkin akan mengalami nasib yang sama.. [sigh]


sample pict. credit to Life @bout uLi


pada mulanya aku takut juga.terfikir-fikir .. apa hukumnya disisi agama? selepas membaca beberapa artikel mengenai pendermaan organ dan hukumnya, kini aku yakin.dan mula mencari dimana boleh aku mendaftarkan diri..

[sebelum tu ada bertanya pada mak .. bolehkah?tapi mak tak bagi ... macam mana ni?patut ke aku daftar dulu, kemudian baru bagitau? ... owh ye ..aku ada terbaca : sekiranya selepas mendaftar, tiba2 kita mahu menarik diri .. boleh .. just maklumkan sahaja.mudah kan? ]


jadi .. marilah.sama-sama mendaftar sebagai penderma organ.

tak yakin lagi? baca ni > Hidup Memberi… Derma Organ!

[ TAG ] - Fakta mengenai ...

awal2 pagi dah ada keje melambak.huh..waktu lunch ni rehat jap.so baca blog (xtvt yg bagus utk rehatkan minda.. ;) ) smbil dengar lagu2 Maher Zain yang aku baru saje masukkan kat phone.

uhh .. kena TAG lagi~! bukan marah .. tapi SUKE~!! hahhahaha .. giler reply TAG ek?hehehhe ...

okla.ni TAG dari Pn Eita

Write 5 interesting facts about the person who give u this award..

  1. have a happy family.. [semoga kekal hingga akhirat.AMin~]
  2. seorang ibu dan wife yg baik.mana tau?baca dari blog la.. even tak slalu (er ..mmg tak pernah pun kan??)  jumpa or keluar sama ..
  3. suke citer pasal Miq kat blog .. and aku suka baca~! wee~comel!
  4. dia pernah tersalah org waktu chat kat YM dgn aku .. rupa2nya sama nama dgn kwn dia kat ofis (kot..tak ingt kawan mana) .. lps tu gelak terbahak2 masing2 ..hehe .. 
  5. suka TAG aku .. sbb aku rajin balas! haha .. TAG lah lagi .. suke~!

Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby..
  1. anak ke2 ..kwn2 kata aku nmpk brutal/ganas, tp sebenarnya aku agak sensitif & manja ...cuma tak suka tunjuk... famili & rakan rapat je tau..
  2. suka laut dan PANTAI.bila pandang laut yang luas .. seolah2 melepaskan segala bebanan dan masalah.angin pantai .. uhhh .. nk gi bercutilah .. jom~!
  3. suka kerja2 teknikal.kat umah kalau paku memaku,grill .. panjat sana sini..aku lah yg buat.and abah slalu mengharapkan kat aku je.sbb tu aku tak brp nk feminin. 
  4.  orang kata aku cool ..kebanyakkannya .. tp sebenarnya diri ini menyembunyikan perasaan sebenar dalam diri.
  5. sebenarnya .. seorang yang pemalu dan penyegan. (gelak??betul ni .. tak caya ke?)
  6. suka masak~!! dan makan!! hahaha.. sbb tu suka sangat tengok channel AFC & Food Network .. then cari resipi kat tenet.then buat kat umah, present food kat famili.bila diorang kata sedap and habiskan mknn tu .. terasa puas~!! HATI tersenyum!
  7. i like photography very much~! hopefully dpt siyes dlm bidang ni.
  8. sangat2 SETIA orangnya. bukti? 5tahun tak tukar2 keje (even tau company ni tak kukuh sangat),still teringt kat sidia walaupun dia dh kawen.. (tp jgn risau.ingt xsemestinya dihati ada lagi .. ;) )
  9. tak suka shopping~! haha .. pelik tak? suka beli barang2 yg perlu saja.then pakai barang tu sampai rosak, baru beli lain.
  10. suka memandu laju~! dan kalau diri dalam keadaan marah atau gundah gulana ketika memandu .. mungkin akan bawak kete secara bahaya.huh ..sikap yg ni pun kena DELETE terus~! mudah2an.


Pick your most 10 deserving recipients and describe them..
1. Erma  - a.k.a esah~! dak fun corner yg dok kat nun kedah~
2. Kak leo  - tiger pon pon~! hehe .. one of my close friend. kurus tapi kuat makan!
3. Zue  - kecik2 cili api..bnyk mende dia leh buat. futsal,photography,ish .. mcm2 la.
4. Pejal - AirAsia~! hehe ..kurus dan tinggi ..suka photography gak. saycheese~!
5. Leen - mama kpd Sara.. hehe. one of my bff
6. Ummi - kwn ms kat utm.ms thn2 akhir,suka bonceng motor dgn dia.wee~
7. Aten - minat kat ff,nad af,deen .. eh .. deen tu bf awak ke? (its joke)
8. Aida Arisya - nama sebenarnya sama dgn nama mak aku.hehehe.
9. Kak Zai - webmaster fun corner forum.  .. jgn suka2 off topic tau~ ;D
10. Lynn Othman - member skola rendah.. SKBTC



me : (secara kebetulan .. kita menjelaskan sape diri kita sebenarnya kan?huahaha .. sama benar atau tidak fakta ni .. hanya kita & Allah saje yg tau ..and ..bonus kepada rakan2 yang sememangnya mengetahui/mengenali kita)

[ bebel ] - paksa orang beli .. then .. menipu!

pernah tak korang dipaksa membeli sesuatu dalam keadaan korang nak cepat??
huh~! baru je jadi tadi.
dalam keadaan nak cepat ke bank,tau2 jelah .. parking kat bank..sure penuh.nasib baik masa tu ada kereta nak keluar..so aku masuk kat situ.dh ready matikan enjin,baru je nak unlock pintu kereta, ada sorang mamat cina muncul tiba2 depan cermin kereta.tunjukkan sebiji buah duku utk aku merasa.

"beli.3kilo 10ringgit saja" siap bukakkan pintu kete aku.
"nantilah,saya nak cepat ni.nk pegi bank~!"
aku jawab dgn keadaan tergesa2.yelah .. kalau lama2, buatnya pegawai DBKL dtg, tak pasal2 kena saman parking merata.

"ok.nnt datang sini balik ha" .. masa tu aku dah laju ke bank.malas nak layan. after selesai urusan kat bank, keluar cepat.. aku tgk2 mamat tu .. terus masuk kereta..la .. dia nmpk aku.terus meluru kat depan pintu .. hulurkan buah duku yg dh siap bungkus.aku nak elak camne ye?nak blah camtu je takut dia apa2 kan aku.ish .. nak kata aku takde duit, baru je pegi bank.

"saya takde 10 ringgit.lagipun saya tak makan buah duku ni." ..dlm fikiran.kena beli jgak ni.kalau tak .. takleh balik la aku..
"u bagi i sekilo saja lah.ckup."
"sekilo 4 setengah.you beli 2kilo la, tujuh ringgit"
aku balas "takmau2.saya nak sekilo jer"

then aku hulur not RM5 "haiya .. saya takde duit kecik"
"ala .. 3ringgit saja lah" then dia mengalah "ok lor"

dalam tergesa2 ..aku balik.dlm ati tak puas hati jgak la.smapi ofis, aku tgk buah2 tu.dah beli .. kena la makan kan? sekali .. cis! dh la tak aku rasa tak smpi sekilo pun .. banyak yg busuk dari elok.cet~! dah la kena paksa .. kena tipu pulak.haish~! tapi kalau aku tak beli, tak dapat pulak aku balik ofis.hurmmm ..

rasa2nya ni taktik terbaru diorg menjual kot.paksa2 org beli.yelah .. kalau duduk jer kat van tu .. mana nk beli kan?dan aku rasa .. apek muda tu (sebab tu awal2 aku bhskan dia as mamat cina) bukan penjual buah kot.ntah mana dia kutip buah duku melambak tu ntah ..

geram lagi ni~! haish~!!

[ Bebel ] - Bajet 2011

buat pertama kalinya aku mendengar penuh pembentangan Bajet 2011 oleh mantan Perdana Menteri; Dato Seri Najib Tun Razak.mungkin scr kebetulan.. mendengar sambil buat kerja.

tertarik dgn bahasa yg digunakan.sesekali berjenaka.tergelak lah jugak.

hurm..kebanyakan bajet membabitkan penjawat2 awam .. bagaimana dgn pekerja sektor swasta?owh ... Dana Pencen Swasta .. tp tu pun aku tak jelas tentangnya.apa kelebihannya.balik kena baca paper ari Sabtu (ada lagi kot kat umah tu)

Kedengaran sangat bising bila PM menyebut '11juta utk sekolah permata' .. fikiranku nakal mengagak kenapa..tapi tak perlulah dibincang disini.owh ..ya .. aku sendiri kurang pasti dan kurang ambil tahu .. 'Sekolah Permata' tu utk apa sebenarnya.PM kata program baik utk anak2 Malaysia.er ..ada info lanjut ke pasal sekolah permata ni??ada kot.mungkin aku yg taknak amik tahu.xpelah..lps ni kot. :P

TOL takkan naik dlm ms 5 tahun?baguslah.tapi kotakan janji tu betul2.jangan nnt pelbagai alasan pulak nak naikkan lagi.tak pun .. naikkan harga petrol pulak.sama jer kalau harga TOL naik.

penjawat awam .. masing2 nakkan bonus sebulan gaji.(kalau aku pun nak!) .. tapi tak dapat.just dpt RM500 utk tujuan pendidikan.ni aku tak sure lah org yg belum kawin dapat ke tak.kalau dapat . .nak lak aku pao adik aku sket.hehehe.

tak puas hatinye . .cukai perkhidmatan naik 1%.aiseh .. kalau mcm tu .. makan dirumah aje la jwbnyer.(kbnykan fast food fav, kopitiam .. ada gov tax!)

then .. dgrnya sape yg guna Astro pun kena cukai ek?ala .. dh la mahal.guna Astro pun sbb nk d[t signal yg clear ..(alasan!haha .. pdhal kalau hujan .. tak clear gak~!) ..

aku suka ucapan penutup PM.semangat kenegaraan Malaysia tanahairku. lahirku disini,mencari rezeki disini..dan insyaAllah .. nafas terakhirku pun disini. ( dalam impian mahu mati di Kaabah, Makkah)

[ Family ] - happy birthday MAK!!

makkkk~!! happy birthday!! cayang mak!!


malam tadi telah menunaikan permintaan mak yg nak dibelanja makan kat tasik kononnya .... bukan tak pernah belanja dia makan,tapi minggu lepas dia bercerita pasal kawan ofis dia yg makan2 kat atas tasik.anak2 kwn dia belanja. (aku tak surelah kat mana) .. terus dia request.

"kali ni mak nak makan kat tempat macam tu.tak mau la kat mamak or restoran biasa-biasa"

restoran biasa2?hahaha...yelah mak.

daripada hari isnin aku dok berusaha cari kat internet, tmpt makan yg ada suasana tasik2 yg mak ceritakan tu .. puas carik..ada satu dua jer area yg dkt2 sket ..hurm .. last2 aku pilih restoran cerana yg terletak dkt dgn lebuhraya cheras-kajang.betul2 belakang Petronas.

ok.dah tau tempat.set dgn akak,shema (dia balik JB 12hb, so terpksalah awal sehari dr date 13hb).set dgn abah sekali (takut2 dia ada keje mlm ni).

smpi kat restoran cerana .. suasana mmg cantik lah .. mak dah sengih2 ..kagum kot dgn hiasan dlm restoran tu .. siap kata "fuiyo" ..heheh..

lepas pilih meja,order air fresh orange for me&mom, apple juice for akak&shema,pineapple juice for abah.then order makanan : siakap 3 rasa,butter prawn,tomyam campur, telur dadar (ini kesukaan abah), sotong goreng tepung & sayur campur.. wah .. bnyk kan??huhu ..takpelah .. sekali sekala.then aku & shema gi pilih ikan,udang&sotong.

owh.ada live band.ada la bbrp pengunjung yg request lagu birthday utk org2 kesayangan mereka.sama lah mcm tujuan kami kat situ.huhu .. tp kitorg tak gi request dlu .. relaks~ kalau berturut2..jenuh kakak tu nk nyanyi berderet2 .. tak best la kan ..

makanan sampai.penuh meja seh~!! hahah.padahal utk 5 org jer.
aku?amik yg dekat dlu la.butter prawn.hurm.not bad.tp lagi sedap aku pernah makan kat Intai2.tapi tak taulah ada tmpt yg lagi sedap.

hurm.satu yg aku tak berapa suka. tomyam dia tak panas dan masam!! uhh..dah la itu kesukaan aku.takpelah.sekali ni je pegi.

mak makan dgn berselera nya. sambil2 tu aku amik gmbr.
makan smpi kenyang~! ..sbb terlalu banyak.erkkkk~ alhamdulillah~ :P


nak balik, aku gi bayar.total RM170.55. okla..takde la mahal sgt.sambil tu mintak kat waiter tu request lagu Bday utk mak..heheh.. dr tmpat bayar aku nmpk mak sengih2 bila penyanyi tu sebut nama 'Faridah Bakri' .. abah pun.hehe..

lepas amik gmbr ..kitorg balik.dgn perut penuh.kekenyangan.


hajat mak kesampaianlah kan.hope mak suke~!

Happy birthday yg ke-56 mak~!!luv you~!!!

menunggu hidangan tiba ...hurm.. (ni shema punyer keje)

yeay~! mknn dah sampai~ penuh meja!

kenyang sampai menutup mata...shema pulak cam cover2.mulut penuh tuu~

abah as usual . .dia yg abes makan dlu.laju btul makan.

tinggal kepala je? (ikan siakap)

sape punye pinggan la ni?

paling sikit makan.kenyang katanya.

weee~ patut mak kat tgh .. tp .. yelah..abah mmg susah nk bergmbr.so .. ini lah pose yg terbaek~

mak tak ready utk sengih nih~.


p/s : sayang ja'a takde sekali...dia tau ni .. mesti jeles~!huahahha~

[gambar akan dikongsikan nanti.huhu.buat masa skrg tak free.dah kantoi.takkan nk buat lagi kan?]

[ Teater ] - Muzikal Tun Mahathir .. banyak jasanya pada kita....


agak sebak dan mengalir airmataku pada bahagian akhir Muzikal Tun Mahathir (MTM) yg aku tonton malam rabu (6hb) yg lepas..dan kiini barulah aku faham .. kenapa beria sangat Tun M meletak jawatan pada 31 Oktober 2003 (info dr sini ) ..sedih mengenangkan ..owh...semasa layar & pelakon2 menunjukkan betapa banyaknya kemajuan dan jasa Tun M kepada orang2 Melayu khususnya dan Malaysia amnya, aku terfikir-fikir2 .. ya .. perjuangan Tun M memang belum selesai .. lihat sajalah sikap2 org2 Melayu pada zaman sekarang ni (bukan semua .. tp .. kebanyakannya .. ) ..dengki khianat, rasuah sana sini, tak boleh lihat orang lain senang ..mcm2 la ..hurm .. harapan Tun M terlalu tinggi utk bangsanya ..

ok.itu pendapat aku.cukup smpi sini.takut ada yg berkecil hati.

keseluruhan jalan cerita .. OKLA .. huhu .. ada part yg agak bosan .. skrin layar (tanpa pelakon) yg aku rasa amat panjang ..ada part yg aku rasa perlu di ringkaskan .. miming (owh .. aku lebih suka if diorg nyanyi live .. baru lah 'ada feel'.
kadang2 lagu tu terberhenti mcm tu je .. then sambung dgn babak yg lain.ada delay dlm 5 saat .. ish .. tak best2 .. kesinambungan takde. hasil dari pengarah yg sama, aku rasa naskah Ibu Zain much better than this.sorry .. its my opinion. ;)

set pentas? not bad.biasa je kot.takde apa yg dabomb ..


lakonan?owh ...semuanya ok.tapi aku tertarik dgn lakonan Qhaud AF7 & Esma Daniel.Qhaud benar2 memeriahkan suasana.. part before Qhaud masuk .. agak bosan .. hampir nak terlelap mataku .. bila Qhaud masuk .. aksi dia menggamatkan seisi istana budaya~! comel! rambut kembang2 dia mengingatkan aku kepada pelakon High School Musical .. sebijik~!

Esma Daniel .. syabas~!! bukan senang nk tiru gaya Tun M, even tak 100%, he did a good job!


yang pasti kali ni aku tak dpt nk tggu lama utk ambil gambar pelakon2,sebab mak aku ada sama.sudah pun pukul 12tgh malam.jadinyer .. balik awal lah~ :P



 esma daniel .- sama kan gaya nyer dgn Tun M?

team MTM


para pelakon, penari, pengarah, pengarah muzik dan bbrp orang diblkg tabir MTM


 sempat mak aku tido waktu break 15minit .. bosan la tu.huhu

next time angah ajak tgk citer yg best ek .. yg tak bosan. ;D


ya.jasa Tun M terlalu banyak utk kita.. lihat saja Putrajaya,KLCC,Sepang, KLIA, Petronas .. banyak lagi lah .. aku pun tak faham .. kenapa ada yang bencikan Tun M .. dialah perdana Menteri terbaik dunia! ingt lagi pada tahun 1998?zaman kegawatan ekonomi dunia .. disaat negara2 asia lain jatuh teruk ekonominya .. pimpinan Tun menyebabkan kita tidaklah seteruk negara2 lain .. yg berhutang dgn IMF~! sayangnya beliau pada bangsanya .. (tp tidak melupakan bangsa yg lain) .. tapi itulah .. tak smua hati org sama .. tak smua sukakan Tun M .. tp bagi aku .. dialah HERO Melayu, & Malaysia~! (walaupun  mungkin ada bbrp perkara yg tak betul dia buat .. tp kenangkan jasa nya .. ignorekan saja - itu urusan dia dgn Allah)





p/s : next teater .. erm .. maybe nak tengok Pi Mai Pi Mai Tang Tu .. mesti best kan?? ;D

[ Me ] - gajah kecik .. owh gajah kecik




hahaha ..dlm bnyk2 haiwan .. kenapa gajah????
nape ek? gajah kecik ... haha .. masa kat sedundun lah ni ..

asalnye .. masa blajar subjek IT, kitorg diwajibkan ada satu email khas .. so masa kat Cybersix (CC kolej KTC) .. terpikir2 la .. nama apa nak letak .. jari aku cepat je taip gajahkecik@cathca.com (pernah dgr tak catcha.com ? masa ni baru lagi kot .. skrg tak tau ada lagi ke tak) .. email tu pun dh lama benor aku tak bukak... so sejak dari tu lah kot . .diorg kat blok sedundun .. tak abes2 .. gajah kecik .. gajah kecik .. hahah .. dh ghoper gajah ke aku neh??? :P

and .. ada patung gajah kecik yg jiran sebelah bilik aku bagi > Nana. comel sgt gajah tu .. and now .. rasanya patung tu kat sri sabah kot ..

dan .. tak sangka pulak .. this year .. aku dpt card dr WWF .. ada Gajah comel~!! i like it!!! cam tau2 je aku suka gajah kan??weeeee~ (^_______^)v




(nk upload gmbar bday kad tu .. tp slow pulak tenet arini.cet.)

[ TAG ] - menjawab TAG dari Pn Eita

aku sebenarnya nak update blog ..tapi nak amik mood menaip, baca la blog member2 dlu..so dah tentunya blog2 yg baru update kita boleh tau dari dashboard kan? .. scroll down .. tgk lah blog Apple of my Eye ni .. hehe .. sbb kadang2 ada gak info menarik yg tuan punya blog ni kongsi kan .. alih2 .. la .. kena TAG..hehe .. takpe. buat TAG ni dlu lah.. weee~

1) Name one person who made u laugh last night?
Qhaud AF7!! hehe .. mlm tadi tgk muzikal tun mahathir .. tau2 jelah .. citer psl sejarah .. alih2 Qhaud buat lawak .. hehe ..comel~!

2) What were u doing 1 hour ago?
siapkan apa yg lady boss aku nak .. tau lah dia nak kuar .. macam2 nak soh .. aku tgh buat ni . .dia suruh siapkan tu .. seb baik aku leh handle ..keje sorg2 .. camnila ..

3) What was da last thing you said out loud?
" hey..tolonglah bagi laluan~!" (bengang bila takde sorg pun nk bg laluan aku nak masuk ke stesyen minyak, even aku dh bg signal brp lama dok kat tgh2 jalan tu.huh~

4) Where's da next place you're going to?
tempat makan best .. request by my mom .. utk bday dia 13hb ni .. mana ye??

5) What was da last thing u paid for?
newspaper .. haha (tiap2 ari mmg tugas aku beli paper .. melainkan abah aku dh beli)

6) Where were u last nite?
Istana budaya - muzikal tun mahathir .. weeee~

7) What's da best ice-cream flavour?
Vanila+Strabery+coklat..hehe .. nepolian ek??apa ntah namanya .. :P

8) Do u wanna cut your hair?
hurm .. nak jgak .. naik rimas dh .. sbb dh mula pjg .. tp .. rasanya nk biarkan pjg mcm dlu lah .. heheheh~

9) Do u love to 'melatah'?
huhu .. tak suka lah melatah .. nnt org gelakkan ..
kdg2 jer melatah .. tgk keadaan ..tak teruk sgt pun .. biasa2 jer .. ;)

10) If that so(melatah), what will u said out loud?
"Oh Mak kau" .. tu jer .. seb baik tak mencarut kan?hurm .. if tgh ckp bbrp word masa tu then ada mende jatuh ke .. word tu lah yg terkeluar ..sbb tu kena ati2 .. jgn ckp word yg tak elok.



11) What does da last text-msg received say?
sms from emmy bear .. fb2mobile .. yg comment my status kat FB "suka2...mmg comey n sempoi..."

12) Will u get married in da future?
apa punya soalan da .. mestilah nk kawen.Nabi tak mengaku umat tau kalau kita tak kawen .. tapi tu la .. takde boyfren lagi neh .. :P

13) Do u chew on your straw?
kadang2 .. bila tgh menunggu ke .. tgh geram ke .. hehehe

14) Do u make-up your own words?
er... its not my word actually .. tp word ni dpt dr sorg naqibah yg aku sayang .. "life is learning" .. boleh kan?? :P

15) Is there anyone u like/love right now?
buat ms skrg .. my abah,mak,adik beradik, kawan2, itu jelah ..

16) Tag to other 5 bloggers/more
Leen
Aten
Kak Leo
Erma
Zuraiha
Pejal
Lia



weeeee..... eita .. i'm done~!! (^__^)v

[ Lirik ] - Insha Allah by Maher Zain

baru je dengar lagu ni kat Suria FM .. terus jatuh cinta dgn lagu nyer .. lirik dia memberi semangat.ye .. Allah sentiasa ada disisi. dia tetap ADA.




Insha Allah – Maher Zain

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way

Show me the way
Show me the way
Show me the way

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way




syukur alhamdulillah ..DIA masih lagi memberiku peluang .. walaupun aku seringkali terkandas..seringkali melupakan .. seringkali lalai ..

[ Filem ] - Magika .. dunia fantasi yg indah!

aku tau aku dapat tiket Magika free dari hotfm .. tp disebabkan waktu tak sesuai, dan kebetulan adik aku, Shema last day kat KL ari ahad tu(19hb),and akak pun baru balik dari camping, ajak diorg tgk Magika. dekat jer..kat AEON -TGV Cheras Selatan, tak booking .. terus ke sana and hopefully ada la tiket utk kitorg.. and .. luckyly ..tiket ada lagi.seat pun ok la..takde la bwh sgt ...ramai yg tgk citer Legend of Fist (aku nak tengok gak .. tp kena sokong filem tempatan dlu ar.. kata Malaysia~!!)


wah ...... apa ek yg boleh aku katakan ... teruja?er .. nak nyanyi & menari bersama?? terpukau?kagum? owh .. semualah .. sebab ini filem muzikal pertama kat Malaysia... good job Edry .. even ramai yg meragui kejayaan filem ini menarik orang ramai menontonnya .. yelah .. konsep muzikal .. siapa je yang berani memulakan? aku dah terbiasa menonton teater muzikal .. jadi tak menjadi masalah pada aku untuk menonton filem ni .. tapi .. aku boleh jamin .. siapa2 pun yg tak pernah menonton teater muzikal..akan terhibur dgn konsep Magika ..

aku terpukau part Maya Karin .. ramainya Maya Karin~!! then kagum dgn scheme / tone warna di alam Magika ..warna bukit hijau terang ..bunga, tasik, pokok, hutan .. ish .. semualah..hurm .. mmg adik beradik KRU terer bab nih~!

jalan cerita simple .. boleh layan.lagu2 pun boleh layan .. sampai kan aku terasa nak terus beli soundtrack dia lah.tp masa tu dh tgh malam .. mana bukak kedai cd tu ..

hah .. ramai pelakon hebat2 :
>Mawi - as Badang.peneraju utama.tetiba aku terasa tersuka lak kat mawi .. eh .. tp rambut palsu yg pjg tu kdg2 mcm mengganggu pulak ,
>Diana Daniel - as Ayu.peneraju utama.good job.tak sangka dia leh menyanyi,
>Fimi - as Malik.peneraju utama.sorg lagi bintang kanak2 yg berbakat,
>Aznil - as Pak Pandir.as usual ..u know Pak Nil kan?
>Kak Engku - as mak andeh..samalah.
>Maya Karin - as puteri2 bunian .. tak banyak berckp ..just menari2 ikut lagu ..
>Ziana Zain - nenek kebayan yg cantik~!(suka tgk part dia),
>Sh amani & Sh aleya - bwg putih & bwg merah yg sorang sengal, sorang lagi sopan2 skit..hehe,
>Adibah Noor - mak Bwg Putih & Bwg Merah
>M.Nasir - penunggu kat jambatan tasik chini + Naga (i like the naga song .. )
>Nabil - as org minyak, hitam legam!hahaha, Norman Hakim - awang yg mencari dayang ..tapi tertikam Mahsuri,
>Vanida Imran - as Mahsuri (dia mmg layak pegang watak tu .. dia cantik menawan!!),
>Jalaludin Hasan - as ayah kpd Ayu & Malik
>Rusminah Sidek - as nenek kepada Ayu Malik
>KRU - as pokok2 dihutan yg pandai menyanyi (suka dgn lagu time ni.lirik dia..boleh nyanyi la bila nk berbaik2 dgn my siblings )
>Senario - as lima sahabat pahlawan melaka. Hang Tuah & rakan2 (loghat masing2 .. lain2..klakar la .. hadoi )

er...ada yg tertinggal tak?mmg pelakon nyer ramai .. tapi sedikit pun tak menjejaskan fokus kat penceritaan filem ni.


so .. apa lagi .. pada siapa yg belum menonton Magika .. sila2 kan ke pawagan berdekatan (berjauhan pun takpe .. jauh perjalanan .. luas pengetahuan :P )

pengajaran filem ni :
1. jangan main2 diwaktu senja.
2. dengarlah kata kakak/abang / orang yg lebih tua dari kita.
3. jangan kacau Naga~!! (ahhaha .. ni lawak jer)
4. adik beradik .. gaduh2 pun akan berbaik semula .. jadi jgn lah terlalu nak marah2 ..

promo

Related Posts with Thumbnails

Back to Home Back to Top [ Life is Learning ]. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.