[ Filem ] - Magika .. dunia fantasi yg indah!

aku tau aku dapat tiket Magika free dari hotfm .. tp disebabkan waktu tak sesuai, dan kebetulan adik aku, Shema last day kat KL ari ahad tu(19hb),and akak pun baru balik dari camping, ajak diorg tgk Magika. dekat jer..kat AEON -TGV Cheras Selatan, tak booking .. terus ke sana and hopefully ada la tiket utk kitorg.. and .. luckyly ..tiket ada lagi.seat pun ok la..takde la bwh sgt ...ramai yg tgk citer Legend of Fist (aku nak tengok gak .. tp kena sokong filem tempatan dlu ar.. kata Malaysia~!!)


wah ...... apa ek yg boleh aku katakan ... teruja?er .. nak nyanyi & menari bersama?? terpukau?kagum? owh .. semualah .. sebab ini filem muzikal pertama kat Malaysia... good job Edry .. even ramai yg meragui kejayaan filem ini menarik orang ramai menontonnya .. yelah .. konsep muzikal .. siapa je yang berani memulakan? aku dah terbiasa menonton teater muzikal .. jadi tak menjadi masalah pada aku untuk menonton filem ni .. tapi .. aku boleh jamin .. siapa2 pun yg tak pernah menonton teater muzikal..akan terhibur dgn konsep Magika ..

aku terpukau part Maya Karin .. ramainya Maya Karin~!! then kagum dgn scheme / tone warna di alam Magika ..warna bukit hijau terang ..bunga, tasik, pokok, hutan .. ish .. semualah..hurm .. mmg adik beradik KRU terer bab nih~!

jalan cerita simple .. boleh layan.lagu2 pun boleh layan .. sampai kan aku terasa nak terus beli soundtrack dia lah.tp masa tu dh tgh malam .. mana bukak kedai cd tu ..

hah .. ramai pelakon hebat2 :
>Mawi - as Badang.peneraju utama.tetiba aku terasa tersuka lak kat mawi .. eh .. tp rambut palsu yg pjg tu kdg2 mcm mengganggu pulak ,
>Diana Daniel - as Ayu.peneraju utama.good job.tak sangka dia leh menyanyi,
>Fimi - as Malik.peneraju utama.sorg lagi bintang kanak2 yg berbakat,
>Aznil - as Pak Pandir.as usual ..u know Pak Nil kan?
>Kak Engku - as mak andeh..samalah.
>Maya Karin - as puteri2 bunian .. tak banyak berckp ..just menari2 ikut lagu ..
>Ziana Zain - nenek kebayan yg cantik~!(suka tgk part dia),
>Sh amani & Sh aleya - bwg putih & bwg merah yg sorang sengal, sorang lagi sopan2 skit..hehe,
>Adibah Noor - mak Bwg Putih & Bwg Merah
>M.Nasir - penunggu kat jambatan tasik chini + Naga (i like the naga song .. )
>Nabil - as org minyak, hitam legam!hahaha, Norman Hakim - awang yg mencari dayang ..tapi tertikam Mahsuri,
>Vanida Imran - as Mahsuri (dia mmg layak pegang watak tu .. dia cantik menawan!!),
>Jalaludin Hasan - as ayah kpd Ayu & Malik
>Rusminah Sidek - as nenek kepada Ayu Malik
>KRU - as pokok2 dihutan yg pandai menyanyi (suka dgn lagu time ni.lirik dia..boleh nyanyi la bila nk berbaik2 dgn my siblings )
>Senario - as lima sahabat pahlawan melaka. Hang Tuah & rakan2 (loghat masing2 .. lain2..klakar la .. hadoi )

er...ada yg tertinggal tak?mmg pelakon nyer ramai .. tapi sedikit pun tak menjejaskan fokus kat penceritaan filem ni.


so .. apa lagi .. pada siapa yg belum menonton Magika .. sila2 kan ke pawagan berdekatan (berjauhan pun takpe .. jauh perjalanan .. luas pengetahuan :P )

pengajaran filem ni :
1. jangan main2 diwaktu senja.
2. dengarlah kata kakak/abang / orang yg lebih tua dari kita.
3. jangan kacau Naga~!! (ahhaha .. ni lawak jer)
4. adik beradik .. gaduh2 pun akan berbaik semula .. jadi jgn lah terlalu nak marah2 ..

Comments

Popular posts from this blog

[ Me ] - I am so grateful to be ...

Jumbo Gajah Biru

[ Lirik ] - BULAN DITUTUP AWAN