[ Artikel ] - Kurma

Kurma / Tamar


2 minggu sebelum Ramadhan tiba.. dah banyak kedai2/ pasaraya yg jual kurma ..ada jgak rakan2 yg jadi pengedar kurma .. ingt tak iklan kat tv/radio ... "yusuf taiyob~" .. famous kurma jenama ni kan? .. kira hidangan wajib yg mesti ada atas meja makan masa nak berbuka/sahur..

last sunday ada terbaca sisipan Berita Harian.mengenai Tamar atau Kurma. ada nama saintifik - Phoenix dactylifera L. ntah camne nak sebut pun tak tau.. :P

rupanya banyak khasiat kurma yg aku tak tau ni.hurm .. patutlah kurma juga menjadi pilihan Nabi Muhammad s.a.w utk berbuka.

Antara kebaikan kurma :
  • Kaya dengan sumber zat besi, potassium, magnesium*, sulfur, kalsium selain pelbagai vitamin termasuk asid folik. (  * Kandungan tinggi magnesium dalam kurma boleh mencegah barah. Amat jarang didengari puak Badwi  diserang barah kerana bergantung kepada kurma sebagai makanan utama mereka.  )
  •  Satu kilogram kurma memberikan 3,470 kalori kepada tubuh sebaik memakannya. Tenaga itu memuaskan selera makan, yang amat penting terutama ketika berbuka puasa.

  • Memakan kurma juga dikatakan memudahkan wanita bersalin.

  • Vitamin A dalam kurma dapat memperbaiki penglihatan dan menjadi penawar masalah tidak nampak pada waktu malam dan kekeringan mata serta mencegah penyakit mata.
  • Kurma juga penawar yang baik untuk masalah pening kerana ia mengawal pergerakan telinga. Disebabkan ia juga mengandungi zat besi dan kalsium, kurma juga penting untuk pembentukan tulang, gigi dan tisu otak.







sumber gambar : http://zuarxpdc.blogspot.com
sumber info dari sisipan Berita Harian


Comments

Popular posts from this blog

[ Me ] - I am so grateful to be ...

Jumbo Gajah Biru

[ PRU ] - mula menyimpan untuk pergi HAJI / UMRAH