[ PRU ] - contoh kisah benar : kos perubatan bypss jantung.

malam ni cadangnya mahu buat prospecting. biasalah, dalam bisnes, proses prospecting amat penting. cari punya cari, teringat kat member2 sekolah teknik KL. gi kat page encik google ( marah puan google kan?? :P ), taip 'TIKL' .. so keluarlah beberapa link ... and link yg menarik minat aku ialaha ALUMTEK.NET. owh ...yelah ..aku pernah masuk DULU. pastu dah tak masuk dah. ni kira masuk balik lah. main page terus ada pernyataan ni :
Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memaklumkan bahawa bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (TIKL), Sdr Hanizan a.k.a Bulues 86/87  telah disahkan akan menjalani pembedahan jantung di IJN pada 5 Oktober 2010. Setelah dikajiselidik dan mendengar penjelasan dari beliau & isteri, dapat diringkaskan:

* Kos pembedahan yg diperlukan dianggarkan RM80,000.00 (termasuk kos selepas pembedahan + ubat2an).
* Pembedahan (Bypass 3 saluran utama) dijadualkan pada 5 Oktober 2010.
* Kos 8 hari semasa di CCU IJN tempohari RM8,000.00

* Beliau berkerja sendiri.
* Tanggungan: Isteri (suri rumah sepenuh masa) & 4 orang anak (3 bersekolah).
* Beliau tidak memiliki/dilindungi apa2 skim insuran.

Berdasarkan maklumat di atas, pohon perhatian & pendapat Yg Berbahagia Tan Sri/Dato Seri/Dato/Datin/Tuan/Puan & rakan-rakan sekelian untuk kita usahakan sedikit kempen mengumpul dana " Ikhlas Lillahitaala" untuk membantu meringankan sedikit beban kewangan yg beliau sekeluarga hadapi.
Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas segala jasa baik/bakti yang telah Yg Berbahagia Tan Sri/Dato Seri/Dato/Datin/Tuan/Puan & rakan-rakan sekelian curahkan.

Segala sumbangan boleh dibuat melalui/terus ke akaun : Hanizan Ma'arof ~ 200990744315 Affin Bank


bila tengok date posting... la...dh lepas.. tahun lepas. apa lah agaknya cerita Saudara Hanizan ye?harap2lah dia sudah pulih sepenuhnya. tapi tengoklah, terpaksa minta derma ikhlas dari yg lain2.itupun kalau mereka sudi menghulurkan bantuan. dan paling memilukan, beliau tidak dilindungi oleh mana2 syarikat insurans. owh, yelah .. bekerja sendiri ni, kadang2 terlupa fikir untuk diri sendiri. diakui, kurangnya kesedaran dalam masyarakat/kaum melayu sendiri berkenaan insurans hayat/diri.kalau insurans kereta, cepat aje membayarnya (yelah, kalau tak bayar, roadtax tak dapat dikeluarkan, tak dptlah nak jenjalan). tapi kalau dah sakit kritikal, kereta tu pun dah tak boleh pakai.silap2 terpaksa digadaikan untuk menampung kos perubatan yg tinggi. (semakin tahun semakin naik kos perubatan).

jadinya ...apakah penyelesaiannya???
ambillah insurans hayat (sekurang2nya dapatlah cover bil rawatan hospital).. kalau ada simpanan, duit tu boleh digunakan untuk hal2 lain.nah ... "biarkan Kami bayarkan Bil Rawatan Anda" - prudential BSN Takaful.

p/s : promote diri lah ni.kuang3 - hubungi saya ... haznizazin.... cewah~!! (^__^)v


 

Comments

Popular posts from this blog

[ Me ] - I am so grateful to be ...

Jumbo Gajah Biru

[ Lirik ] - BULAN DITUTUP AWAN