[ Me ] - yang pergi dan yang tinggal ...



tgh malam tadi aku terjaga .. uhh ..baru sedar tak solat isya' lagi.balik2 dari kampung tjg karang malam tadi ..terus terbaring kat ruang tamu.penat drive.seb baik tak jem yg amat sangat.huh ..after solat ..tertido lagi....

smpilah terjaga pkul 5.30pg.. boleh pulak turun bawah ..pi tido.ish.. patutnyer pi mandi.konon nk tunggu azan subuh.langsung terlena smpi jam 6.30!! lewat!!

siap2..cari hphone.ada SMS.dari jaja.terkejut.Innalillahiwainnalaihiroji'un~.
bapa kawan aku meninggal dunia sblm waktu subuh tadi.pkul 5pg. lama dah aku tak jumpa kawan aku sorg ni.yelah.masing2 sibuk. dalam hati mmg niat nk gi melawat.

after meeting, bergegas ke rumah dia. janji dgn salah sorg geng dia gak masa skola.kitorg konvoi berdua.smpi di rumah..ramai.jenazah tgh disembahyangkan. berdiri bulu roma aku bila membayangkan 'kalau aku yg dlm balutan kain kapan tu' .. nmpk sgt tak bersedia, padahal bila2 masa jer nyawa ni boleh dicabut. Astaghfirullahala'zim.

aku tgk kawan aku dr jauh.merah mukanya.tersedu sedan.mata bengkak.cuba nak selami hatinya.dia datang kepada kami.ucapkan terima kasih kerana sudi dtg.dan tak sangka kami dtg.salam dan berpelukan.lama pelukannya.dan menangis dibahu.sabar dan tabah ye kawanku.doakan agar rohnya dicucuri rahmat.hibanya hati ini.

..tak semena-mena aku terfikirkan, bagaimana pula kalau aku yg pergi dlu nanti?apa yg aku tinggalkan untuk famili terutama mak&abah.. kerja sekarang pun masih berhutang,duit pun kadang2 bagi kadang2 tidak (tapi selalunya tidak)..tak lupa juga...persediaan2 lain ... bersediakah aku?


yang pergi tetap pergi... bila mahu pergi,buatlah persediaan.
agar orang yang ditinggalkan tidak dipikulkan dgn satu beban...
beban menanggung hutang, beban untuk menyara kehidupan.



p/s :  insyaAllah, ada sesuatu yg ditinggalkan utk mak&abah. tak banyak...tapi asalkan ada. ;)


Comments

Popular posts from this blog

[ Me ] - I am so grateful to be ...

Jumbo Gajah Biru

[ PRU ] - mula menyimpan untuk pergi HAJI / UMRAH