Satu Ramadhan
alhamdulillah.. bertemu lagi aku dibulan Ramadhan.
hajat utk terawih kat surau tak kesampaian bila hujan selebat2nya ari jumaat tu.erm,solat kat umah jer..erm..ada sikit salah fhm dgn akak membuatkan dia bermasam muka dgn aku.so SAD.erm..lepas terawih & tadarus, terus kebwh..sempat jugak tgk Nur Kasih.suka dgn citer tu.then permintaan Shima utk aku masak spageti diturutkan.aku main masak2 lagi~ ;D
lepas masak,aku terus makan.haha...so esok masa sahur,aku boleh mkn kurma+minum air jer.
uhh..lps Subuh,terasa mengantuk.apa lagi,terus terlelap (patutnya takyah tito balik,nnt mesti cpt lapar).pkul 10 aku bangun.tlg mak kemas2 rumah.pkul 2 ke Econsave beli barang2 nk masak.terjumpa lak ikan siakap murah.Grrab SEKOR.so..menu arini sgt simple. sayur jawa,ikan siakap 3 rasa,sardin dan ayam masak kicap..Minuman : Air NEnas dan Air MILO.
cukup 6org kat meja tu.Ja'a balik ptg smlm.maybe nk berbuka posa dgn famili utk 1st ramadhan DAN bwk balik bekalan makanan kat hostel dia.lama rasanya tak makan sama2 camni. ;D
hajat terawih kat surau diteruskan.ramai arini.terpksa makcik tu bukak saf kat depan skali.amik space muslimat.erm..takde org nk kedepan,so aku & Shima terus ke depan.alhamdulillah.. stlh sekian lama, dpt berada di saf pertama.
esok plak majlis berbuka posa kat studio.ktorg diminta utk bawak kueh ole2 melaka (buah melaka) 100biji.best jugak nih.lama tak mkn ole2 melaka~ ;D
Comments