melawat Rumah Org2 Tua Al-Ikhlas


"Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati "



itu bait2 lagu Ayah dan Ibu oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad. sedih? aku pun.bait-bait lagu yg sgt senang utk mengalirkan air mata aku.sejak 2 menjak ni banyak sgt citer kat suratkhabar anak tergamak buang mak bapak.aduhai~




Jumaat lepas aku dpt tau yg crew Alahai Fafau jemput fun corner join ke rumah org2 tua al-ikhlas, aku sangat teruja!! dah lama rasanye aku dan rakan2 fun corner yg lain merancang utk buat xtvt amal ni, tapi tak kesampaian.even ini ajakan dan utk rakaman, tapi kami betul2 ikhlas mahu datang.aku teruja!! hinggakan 2 kali terjaga di pagi2 buta sebab bermimpi yang aku kelewatan ke tempat yg dijanjikan!! hahah .. xcited nyer aku!!

seawal 6.30 pagi dah bangun.siap2.kemas2 dan buat breakfast.itu kerja yang perlu aku buat kalau nak keluar hari minggu.kesian kat mak la nanti sorg2 buat keje.disebabkan leka dgn kerja rumah,tak sedar dah pukul 10!! sah2 mcm dalam mimpi daa~ aku pecut ke LRT Bangsar.ikut Loke Yew .. nak ke Jln Istana.owh ..damn!!! nak ke Jln Istana tu tutup.patut pun jem! erm .. aku buat mcm yg lain2 buat.buat kesalahan.jln dpn sikit.. then undur .. abis block kete yg nak lalu situ.pedulik!! aku dh lambat neh!! [seb baik takde pak polisi.huwa~!!]


uhh..aku tak lmbt la sebenarnya.ikut dekone dll ke tv3.kene tggu lak crew tv9 smpi pkul 12.then bergerak ke Puchong.perjalanan yg agak mencabar!konvoi dgn 5 buah kete yg lain.

Kami datang ni~





sampai je di sana, kami disambut dgn mesra oleh Mak@makcik Muji, penjaga rumah org2 tua al-ikhlas ni. owh.terus kami dijemput mkn.owh, ada pelajar2 dr PTPTL.kira clash la jgak ni.segan pulak rasa.dtg2 soh makan.tak sdap la kan.erm..tp kami makan juga.org dah pelawa,tak baik menolak. ;D

Nenek ni tak boleh bangun.terbaring saje.


lps mkn, aku terus ke dalam.yg lain2 pun.owh.rupanye rumah ni bekas masjid yg tak digunakan lagi.patutla tikar dia mcm tikar dlm masjid tu.penghuni dalam ni semuanya muslim.aku duduk kat katil salah seorg penghuninya. ada alat bantuan pernafasan bersambung di hidungnya.nmpk dia mcm tak selesa bila ada lensa kamera dok berkedip2.rupa2nya dia tak mahu sape2 amik gmbr dia.ok.then, pelan2 aku dgr dia cerita psl dia.dia yg mahu dirinya dihantar ke situ.adik beradik makcik ni yang hantarkan.dia ada kanser (aku tak ingat kanser apa).lps chemotherapy, dia terkena plak jangkitan kuman kat paru2.so mmg perlukan perhatian yg lebih.kira2 16 jam sehari.jadinya aku rasa dia sendiri takmahu menyusahkan adik2 dia,dia mintak tinggal kat situ.and i can feel that she's not married yet.takdepun mention pun pasal anak dia .. dan dari perhatian aku she's educated person.why?sbb ada part2 yg dia speaking.she know terms2 medical. aku sangat berharap, adik2 dia tak lupa menjenguk dia tiap2 minggu kat situ.itula .. kalau aku rasa sakit sangat, aku kena fikir, ada lagi yg rasa sakit dr aku.semoga Allah tabahkan hati makcik ni.amiinnn.


kitorg masuk plak ke dalam sikit.sini ramai penghuninyer uzur2 .. dalam 80 lebih kot.ada yang terbaring saja.ada yg dikatakan sudah tidak mampu mendengar & melihat.dan ada sorg nenek ni, nama dia Sabariah. Dia kata "nenek sbnrnya kena pi skolah ni.tapi sebab nenek sakit,nenek kena dok sini dlu" ..erm ..geli hati kan?tapi takpelah, kitorg layan jer.borak2 dgn nenek ni.aku tanya dah makan ke belum? Nenek ni jawab "belum ..tak lalu" ..aku jawab balik "Nek tak lalu?meh saya lalukan.nek kena makan,nnt camna nak pi skolah?" .. Nenek tu senyum,sambil tangan dia konon2 pukul aku.tp perlahan la. Manja nenek ni.dan tau tak?aku mula suka nak berborak dengan nenek ni,tapi .. kitorg terpaksa balik dulu.rasa macam cepat sangat.tetiba aku teringat kat arwah nenek aku.sedihnyer!! huwa~!!

ini lah Nenek Sabariah


aku salam mereka.aku mintak diri dlu.taktau la apa perasaan mereka.Nenek Sabariah pandang sayu. dia tanya "dah nak balik dah?" .. erm.takpe Nek .. insyaAllah kami datang lagi...


ye .. aku harap aku akan sampai di sini lagi.



tolonglah .. aku merayu .. janganlah buang mak bapak sesuka hati.dlu cukup punya payah mereka menjaga brp ramai anak pun.tapi takkan seorg anak tak boleh menjaga mereka?ya .. bila dah tua2 .. mereka akan kembali perangai seperti keanak-anakan.layan jer.yg penting sabar.insyaALLAH.. pasti ada ganjarannya. ;)

2 comments:

aizuemi said... [Reply to comment]
February 5, 2010 at 3:17 PM

nenek sabariah yg berbaju ungu yek.. bukan berbaju biru.. muhahahhaha~

iejaZin said... [Reply to comment]
February 23, 2010 at 12:02 PM

hahahampeh~
spesifik skit .. berbaju kurung ungu yer~ :P

promo

Related Posts with Thumbnails

Back to Home Back to Top [ Life is Learning ]. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.