Teater Bangsawan

baru2 ni aku berpeluang utk menonton teater bangsawan di panggung DBKL (dekat dgn Dataran Merdeka) .. tidak menghampakan ajakan dr akak,aku pun ikutla.lagipun FREE. Kalau tahun lepas aku terlibat secara tak langsung dlm persembahan teater Peta'ka, kali ni aku hanya menonton.dan hasilnya, boleh la.agak menghiburkan.tak boleh la nak bandingkan teater2 kat Istana Budaya, tp utk panggung yg sekecil ini,aku kagum jgak.ditambah pulak dgn live band, rekaan set yg boleh dibanggakan jugak. ada 2 teater bangsawan yg aku tgk dlm thn ni kat sini :



1. Delima Mustika Sakti
Pementasan Bangsawan ini dijayakan oleh Kumpulan Bangsawan SRI MAHKOTA ALAM, Johor Bahru. Sinopsis :

Seri, seorang gadis yang dipelihara oleh keluarga Sang Pendeta Buana dari sejak bayi menjadi pilihan hati Raja Jauhar Nilam Shah untuk dijadikan permaisurinya. Walau bagaimanapun, akibat nafsu amarah dan sikap bongkak yang meliputi hati, berlaku sumpahan oleh Sang Pendeta Wara yang menyalahgunakan ilmu kebatinan yang dimilikinya sehingga Raja Jauhar Nilam Shah tidak dapat mengenali wajah isterinya sendiri, Seri. Hanya cincin Delima Mustika Sakti, cincin mohor daulat kerajaan negeri, pemberian Raja Jauhar Nilam Shah kepada Seri yang dapat menghapuskan sumpahan tersebut


aku suka dgn selingan utk penukaran set.lagu zapin & joget yg dinyanyikan oleh penyanyi (tak kenal) diiringi oleh penari2.tarian yg menarik.zapin, tau2 ajela.lagipun aku mmg suka tarian zapin.kemas,rancak dan tersusun.utk rekaan set plak,aku suka set rumah.nmpk real & 3D effect.yg lain2 biasa saje.lakonan pun ok.



2. Panglima Indera Kayangan
Pementasan Bangsawan Putera Indera Kayangan ini dijayakan oleh Kumpulan Sri Bangsawan Indera Kayangan (Perlis). Sinopsis :

Bangsawan ini mengisahkan tentang perebutan kuasa diantara dua orang putera raja di negeri Indera Kayangan. Peristiwa ini berlaku selepas kemangkatan Sultan Dhiauddin. Akibat daripada perebutan kuasa tersebut maka berlakulah campurtangan kuasa luar. Pada waktu yang sama juga berlaku perasaan iri hati diantara pembesar negeri yang telah mengakibatkan berlakunya pembunuhan antara salah seorang satu daripada putera raja tersebut.


hehe .. yg istimewanya, bakal abg ipar (insyaAllah .. Amiiin~) aku berlakon dlm teater ni.Kira antara watak utama la jgak.before this pernah la bekerja dgn abg ni masa Peta'ka dlu, takpernah tgk dia berlakon.erm .. rekaan set cantik.terutama set dlm istana.tp lakonan pelakon utk watak puteri tak brp menjadi.pelakon lelaki dia hensem!! .. ada penampilan istimewa .. ada Che Mat Raja Lawak 1. patutpun akak aku kata ramai gak kwn2 dia dr Raja Lawak dtg..

saat paling bosan ialah masa selingan. patutnye kalau teater bangsawan, nyanyilah lagu ala2 tradisional ke, ini tak.. paling terkejut, nyanyi lagu Dan Sebenarnya & I Will Survive!! mmg aku gelak abis la.pastu plak, paling kelakar tarian utk lagu Mentera Semerah Padi.lagu semangat mcm tu boleh diorg menari lembik2 .. plak tu, tetiba masukkan elemen moden dlm tarian tu.mmg kene gelak la dgn aku.huh~



erm .. maybe nxt pementasan ada lagi .. masuk adalah percuma. show dia slalunye ari jumaat-ahad, 8.30mlm ..klik kat sini utk jadual pementasan.



[nnt aku letak gmbr.gmbr2 dlm memori kad,tak bwk keluar lagi la.. :P ]




0 comments:

promo

Related Posts with Thumbnails

Back to Home Back to Top [ Life is Learning ]. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.