sanggul wanita .. aurat ke?

baru-baru ni ..  aku di tag pada artikel mengenai sanggul tinggi wanita bertudung.. tak pernah tau ada hadis mengenai wanita yg menggayakan tudung dgn sanggul yg tinggi itu HARAM.  Hadis dlm artikel tu menyatakan :

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

dan ..

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

hurm .. terfikir-fikir jgak .. kalau wanita itu rambut panjang ..macam mana kalau nak bertudung kalau tak bersanggul?takkan nak biar lepas?tak pun .. takkan la nakkan semua wanita berambut pendek. aku ada dengar ceramah ustazah dulu, kalau boleh .. biarlah wanita berambut panjang, sebab rambut panjang ini akan menyelamatkan kita bila meniti titian silaturmustaqim (wallahualam .. kalau salah .. sila betulkan saya .. ) ..
jadinya .. aku paste artikel tu kat wall aku.dan dpt feedback drpd bbrp org rakanku yg bertudung.dan rakan baikku; Barry dapat mencari satu artikel/perbincangan mengenai hal ini di halaman iluvislam.com .. dan ini komen/pendapat mereka :

Berkenaan dengan sanggul, tidak ada pun hadis atau pandangan ulama' yang mengatakan sanggul itu aurat. Jelas pandangan majoriti sarjana menyatakan aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tangan hingga pergelangan. Wanita juga dinasihatkan agar tidak memakai pakaian yang ketat yang boleh menampakkan susuk tubuh yang boleh mengundang pandangan lelaki.

Begitu juga memakai pakaian yang boleh menarik perhatian lelaki. Namun bentuk pakaian yang menarik perhatian ini adalah bergantung kepada suasana setempat. Ia subjektif, dan biarlah masyarakat yang menentukannya.

Tentang sanggul, biarlah kita bersederhana dalam mengamalkan Islam. Janganlah terlalu ingin "mencegah" sehingga kita seolah2 menyusahkan masyarakat. Kalau dah rambut panjang, tentulah kena ikat. Bila nak pakai tudung dengan baik tentulah ada sanggul. Takkan kita nak suruh wanita berambut pendek pula. Biarlah bersederhana lah. Jangan pakai kaedah sadd al-dhari'ah secara membuta tuli tanpa asas pengetahuan yang kukuh.

Soal lelaki akan terbayang itu soal peribadi dia lah. Islam sendiri suruh lelaki menjaga pandangannya dan menjaga hatinya agar tidak melakukan zina hati. Walaupun hakikatnya bukan senang untuk mengelakkan zina hati ini, kerana anak Adam telah ditetapkan untuk terkena sedikit sebanyak. (rujuk tulisan saya dalam jawapan kepada persoalan zina hati)

Tentang hadis kepala perempuan seperti bonggol unta, para sarjana hadis telah menghuraikannya iaitu mereka yang mendedahkan rambut mereka.

So saya harap jelas. Bersederhanalah mengamalkan ajaran Islam.
Sabda Rasulullah: "Awas daripada terlalu bersikap ekstrem dalam mengamalkan agama, kerana umat sebelum kamu telah hancur, kerana sikap eksrtem dalam beragama." [Muslim]

dan lagi ..

Assalamualaikum Warahmatullah.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikan.
(Riwayat Muslim).

Saya kira inilah hadis (di atas) yang dimaksudkan itu. Sepertimana yang telah dijelaskan oleh beberapa ahli iLuvislam dalam thread ini, maksud hadis seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga. Mereka yang tidak menutup aurat ini selalunya bersanggul tinggi untuk manarik perhatian lelaki dengan keadaan sanggul mereka itu.

Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya dan juga tidak manafikan maksudnya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya serta keadaan sanggul tersebut yang tidak tinggi dan keterlaluan sehingga menarik perhatian lelaki.


Wallahualam.

alhamdulillah .. diharapkan dengan penjelasan/pendapat mereka2 ini, dpt melegakan hati kita.hurm.bersederhanalah ye. ;)

psttt .. kalau saya tersilap,ada tambahan.. sila betulkan. ;)

sharing is caring .. (^__^)v

6 comments:

lin said... [Reply to comment]
May 21, 2010 at 11:20 AM

masa aku form 3 dlu.aku nye sanggul tinggi sebabnya akunye skarf kembang.so aku ikat sampai jadi bonjot bsar.pastu boys kelas aku wt main cm hon keta.hampeh! kalau tak sure aku tergolong sekali ek dlm group tu?huhu...takpela,aku lbh selesa pakai shawl+tdung biasa je.

Rita Razif said... [Reply to comment]
May 21, 2010 at 1:51 PM

ermm.. isu nie mmg tgh hot laa jat.. eita setuju! bersederhana laa kot jln terbaik.. meaning; jgn rambut pendek sgt or jgn sanggul tinggi sgt.. adeii

eita nk komen bnyk pn eita nie masih 2 alam.. tp eita selalu pastikn biler eita bertudung eita akan berpakaian sesempurna mungkin (dr segi tutup aurat) sbb husband eita selalu pesan.. respect pd wanita yg bertudung krn nk tutup aurat bkn krn mengikuti fesyen.. br2 nie eita ader jumpa perempuan pakai shawl tp dia berseluar separas lutut.. hmmm! wallahualam

iejaZin said... [Reply to comment]
May 21, 2010 at 3:11 PM

lin : aku rs boleh nk bersanggul.tp takla tinggi sgt kan?kalau pjg sgt tu rsnye boleh je sanggul sederhana..pastu lilit.sanggul lilit ek org panggil? aku rs ko nyer ok la kot.

eita : yes.u're right.jat pun takdelah sempurna sgt.tp akan cuba utk jaga smua tu.dan mmg elak pakai tudung jarang2. hurm .. itula .. rsnyer pemahaman dh lain tu.ikut fesyen katanya.hurm~

wanny said... [Reply to comment]
March 17, 2011 at 8:39 PM

kat bl0g aqU p0n ade sal artikel ni..http://ilmusegalanya.blogspot.com

Anonymous said... [Reply to comment]
March 31, 2011 at 4:54 PM

bersanggul yg dimakdsudkn mengikut pendapat sy adalah ianya haram jika wanita menyanggul rmbutnya tinggi sehingga menarik perhatian lelaki.. contohnya, jika kita lihat pd zaman ini, telah dijual sanggul buatan bg wanita.. apakah sebabnye???fikir2kn..

Amizz said... [Reply to comment]
August 20, 2012 at 9:11 PM

sanggul tu hendaklah kebawah (leher) dan bukannya keatas... Allahualam...

promo

Related Posts with Thumbnails

Back to Home Back to Top [ Life is Learning ]. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.