yogurt bread pudding

dh lama aku save resipi ni dlm PC .. aku terjumpa dlm blog Mat Gebu .. mmg banyak betol resipi dlm blog dia nih .. dlm bnyk2 tu .. aku terjumpa la resipi ni.simple & senang.aku suka resipi yg simple & bahan2 dia mudah nk carik.. beli barang2 dia las week .. so pagi tadi baru aku smpa buat.tu pun before nk gi keje and kebetulan mak cuti.boleh la dia tengok2kan .. ;D


BAHAN-BAHANNYA :-)

7 keping roti sandwich putih, dibuang tepinya
(aku tak buang tepi.belasah je.tepi roti pun sedap apa~)
300 g yogurt berperisa "blueberry"
(1 yogurt tu 140g .. jadi aku letak 3.terlebih skit jer)
4 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
2 camca besar gula halus
1/3 cawan kismis
Mentega secukupnya


Cara2nya :

1. Sapu nipis setiap keping roti dengan mentega, kemudian potong kiub (potong 9 kepingan kecil utk setiap keping roti. Sapu bekas pembakar dengan mentega.

2. Susun sebahagian roti tadi dalam bekas, taburkan 1/2 bahagian kismis. Kemudian susun baki roti. Ketepikan sebentar. (ada lebihan kurma kat umah,aku potong kecik2 utk gantikan kismis)

3. Satukan telur, yogurt, esen vanilla dan gula dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bergaul dan sebati. Tuang rata ke dalam bekas yang berisi roti. Tabur baki kismis dan biarkan 30 minit. (yg ni aku silap.pagi tadi aku terus bakar..tak tunggu 30min .. jadi bila potong,still nmpk kepingan roti tu .. kene buat lagi ni~)

4. Bakar secara "bain-marie" (dengan meletakkan bekas tadi dalam satu bekas lain yang lebih besar, yang mengandungi air panas) dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 40 minit. (aku tak pakai oven letrik, tp pakai api dapur.loyang tu aku lapiskan dgn satu lagi loyang yg berisi air dlmnyer ..malas nk pakai oven.haha~)

5. Bila permukaan pudding keperangan boleh dikeluarkan dari oven dan sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong untuk hidangan..




erm .. next time nk try yogurt perisa lain plak..gambar hasil??uh.. takde ..sbb balik2 td aku tgk dh tinggal sikit .. adik aku bawak ke JB la tu kot..

3 comments:

~WaNi~ said... [Reply to comment]
October 14, 2009 at 6:52 PM

WAHH...MCM SEDAP NIHHH....

iejaZin said... [Reply to comment]
October 15, 2009 at 5:57 PM

kak wani : erm .. ntah la sedap ke tak .. tp balik umah .. tgk2 dh tinggal skit.mak plak soh buat lagi .. hehehe

Ermalina said... [Reply to comment]
October 21, 2009 at 10:14 AM

hantaq la kat kami sikitttt hehehehe

promo

Related Posts with Thumbnails

Back to Home Back to Top [ Life is Learning ]. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.