[ PRU ] - "malaslah dgn insurans nih..bukannya senang nak CLAIM pun!!"




"saya & famili dah malas dah dengan insurans2 ni.bukannya dapat claim pun.dulu ejen janji macam2.. cakap manis2 jer.. tapi bila nak claim..tak boleh. husband saya accident masuk besi, semua tu, satu apa pun tak dapat. Pastu kes adik saya ada lump kat breast dulu pun tak dapat.konon cover utk sakit perempuan.tak cover jugak! tipu jer semua nih!sebab tu kami satu keluarga dah malas nak amik insurans2 neh"


itulah bebelan & kemarahan seorang surirumah yang aku call petang semalam.tak terkejut dengan cerita dia tu.aku faham situasi dia bila ambil insurans,tp tak boleh nak claim.sebenarnya tak boleh nak salahkan syarikat insurans jugak.mungkin masa tu agen dia tak terangkan betul2 polisi yg dia ambil.ataupun polisi dia sendiri dah laps (disebabkan lambat bayar atau dah beberapa bulan tak bayar).ataupun mungkin polisi insurans yg dia ambil tu memang tak cover apa yg berlaku atas husband & adik surirumah tu.hurm.... aku tenangkan dia.dan aku terangkan keadaan sebenarnya.dia tak boleh samakan semua insurans sama.dan dia juga tak boleh salahkan insurans yg dia ambil.

baru2 ni ada artikel dalam suratkhabar Berita Harian berkaitan dengan tuntutan/claim.

walaupun aku masih baru dan tak pernah buat claim utk client, tp berdasarkan kepada pengalaman senior2 aku, claim mudah dibuat sekiranya dokumen lengkap. ada jugak client diorg dah tak bayar selama setahun tapi dapat claim bil perubatan sebanyak RM40ribu (bila tak bayar selama 1tahun, Prudential akan ambil dari nilai simpanan yang ada, sehinggalah simpanan kita habis dan pada masa itulah akaun kita akan laps/luput). nasib baik akaun client senior aku tu tak laps lagi.dan client tu amat2 bersyukur sebab dapat claim dan terus bayar utk bulan2 yang tertunggak.

jadinya, janganlah salahkan insurans dan kata insurans ni tipu.selidik dulu apa sebabnya.kalau dah lengkap semua dokomen (bil hospital/report doktor dsbgnya), payment tak pernah tertunggak, JUJUR masa isi borang .. tak ada masalah untuk claim.

dan...jangan lupa call agen insurans anda bila anda buat pertama kalinya nak admit  hospital .. itu memang dah tugas dia membantu anda. kalau dia jauh pun, dia still boleh guide anda through phone. 




Comments

Popular posts from this blog

[ Me ] - I am so grateful to be ...

Jumbo Gajah Biru

[ Lirik ] - BULAN DITUTUP AWAN