Apabila rotan diharamkan .... cikgu pulak kene 'rotan'

Harian Metro 26 Mei : Pelajar tumbuk muka guru bertubi-tubi
KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di ibu kota bukan saja dimaki-hamun pelajarnya, malah turut ditumbuk berulang kali pada muka menyebabkannya mengalami kecederaan. Difahamkan, dalam kejadian Isnin lalu, pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun terbabit hilang kawalan selepas didenda guru itu kerana tidak membawa buku teks mata pelajaran diajarnya.


huh.. apa nak jadi dgn pelajar2 zaman sekarang?aku gelengkan kepala bila membaca tajuk utama yg di highlightkan suratkhabar Harian Metro hari ni.ini bukan kes pertama, dah melambak kes pelajar belasah cikgu disekolah.itu yg dilaporkan..yg tidak dilaporkan?entah brp bnyk lagi kan?hilang rasa hormat kpd guru yg mencurahkan segala ilmu utk pelajar2 menjadi insan berguna di ms akan dtg. ini lah akibatnya bila hukuman rotan diharamkan, guru pulak yg kena 'rotan'.


kalau zmn dlu, piat telinga, cubit smpi lebam, sakit bontot smpi tak boleh duduk dan mcm2 lagi denda yg cikgu buat.. mak bapak kita steady jer.. siap ckp "pukul lah cikgu.ikut suka cikgu lah nak buat apa pun.janji anak saya pandai.janji anak saya jadi org yg berguna" .. nah .. lihat apa yang kita ada skrg? menteri2, doktor2 yang hebat2, peguam .. dan ada jugak yg jadi guru/guru besar .. menyambung tugas gurunya dahulu.berbeza sgt dgn waktu skrg.denda atas kerusi/berdiri diluar kelas pun tak boleh, inikan rotan. dan akhirnya .. dapatlah kes2 pelajar belasah cikgu.

aduhai... kesian cikgu2 zaman skrg.kalau dlu, guru/cikgu adalah profession yg sering diidamkan (senang : keje pkul 7, pkul 2 boleh balik umah), tapi rasanya skrg,jadi pilihan terakhir kot?! cikgu skrg kena kuat mental& fizikal.tahan sabar.tahan maki hamun pelajar.boleh kerja lebih masa.uhh..penat mental&fizikal. itu sebabnya ada statistik guru yg mengalami sakit mental bertambah setiap tahun.nau'zubillahiminzalik .. hope tak jadi kat kakak aku la.

yup.aku kesian kat kakak aku.hari2 cerita psl mslh kat sekolah.kalau bukan psl murid,psl cikgu2 skolah & bebanan kerja.bayangkan, kerja2 pentadbiran yg sepatutnya pihak pentadbiran (kerani) sekolah yg buat,cikgu2 yg kena buat.bebanan tugas diberatkan lagi dgn kerja remeh.hias sekolah/kelas,mesyuarat sana sini dan ada yg berat sebelah tugasnyer.cikgu tu bnyk free, cikgu yg ini pulak smpi penuh jadualnya.hurm..dan baru2 ni, sblm hari guru (16Mei), ada gotong-royong perdana.semua skolah wajib.guru2 mestilah terlibat.hai, patutnya hari guru, cikgu2 diberi rehat,dihargai.. ini terpaksa pulak bekerja di hari cuti.aduhai..


cabaran mengajar anak2 murid zaman sekarang.aku harap cikgu2 skrg berhati kental, bersemangat waja, mentalnya kuat.. utk mendidik anak bangsa.memang..aku cukup simpati dgn nasib cikgu2 zmn skrg.aku rasa ada yg tak kena dgn sistem pendidikan skrg ni. jgn smpi kene import cikgu2 luar negara disbbkan org2 kita tak mau jadi cikgu sudah~

utk pelajar2 , tolonglah hargai dan hormati cikgu2 anda. pengorbanan mereka utk meluangkan masa,mengerah tenaga utk jadikan anda berilmu,menjadi insan berguna di masa akan datang.





hurm .. selak2 ke halaman lain, jumpa pulak berita ni


Tamparan ‘maut’ guru
KODIANG: Seorang murid tahun lima sebuah sekolah rendah di sini, berdepan risiko menjadi pekak selepas gegendang telinga kirinya pecah dipercayai akibat ditampar seorang gurunya, Khamis lalu.

aduh... lain pulak kesnyer... alaaaahaiii~





Comments

Popular posts from this blog

[ Me ] - I am so grateful to be ...

Jumbo Gajah Biru

[ Lirik ] - BULAN DITUTUP AWAN