Jumbo Gajah Biru

uhh .. gajah~!!! lama betol .. rindu kat gelaran gajah kecik!!hahaha ..

aku ada dpt jmputan dr member aku. mintak tlg aku amikkan gmbr Mila & Akim ms proses VO utk animasi dr Thai.uhh .. baru aku tau camne proses dubbing suara dilakukan.payah jgak.sbb ada duration time tertentu utk masukkan suara Mila & Akim.bnyk kali jgak la ulang.pastu kena btul2 ikut emosi spt dlm animasi tu.erm.. good job Mila & Akim.

gambar Akim & Mila masa proses dubbing suara.






then .. tak lama lps tu .. dpt lak jmputan utk premier night utk animasi Jumbo Gajah Biru tu.thx Ceed!! ;D .. diadakan di Mid Valley, Mila, Akim, dan bbrp org kuat Astro turut hadir.wartawan dan ramai lagi.

uhh . .citer ni siyes best!!aku ingtkan citer ni ala2 biasa jer..tp mmg superb .. 1st time kan tgk animasi dari Thailand.mmg Gajah simbol kekuatan utk negara Thai. gajah2 dia pun comel.dan .. tak sangka .. kelakar!! 1st time tgk gajah breakdance .. gajah kentut .. gajah kaki kecik bdn besar .. mcm2 la..hihi .. kira tak rugi la kalau nonton bersama famili.budak2 mesti suka.mmg comel2 gajah2 ni.aksi2 diorg pun menghiburkan.

lagu2 dlm animasi ni pun hebat! first time dgr masa proses dubbing suara .. aku dh kata kat member .. "lagu ni best!!" .. uhh .. kalau ada soundtrack .. aku nak!! ;D


so .. kalau boring2 tak tau nk tgk citer apa.. try la tgk .. tak rugilah bayar RM10 utk tgk citer ni. ;D






JUMBO GAJAH BIRU ini merupakan sebuah filem animasi dari Thailand yang dialih bahasa ke dalam bahasa melayu. Tajuk asal filem animasi ini adalah KHAN KLUAY 2 .
Sinopsis animasi Jumbo Gajah Biru :

Selepas peperangan yang dikenali sebagai Peperangan Gajah, JUMBO telah dipilih untuk menjadi Gajah Diraja bagi Raja Naresuan ( Filem Khan Kluay 1). Namun posisinya sebagai Gajah Diraja telah menimbulkan satu dilema bagi JUMBO kerana ianya melibatkan soal hidup dan mati ahli keluarganya.

LUNA, isteri JUMBO secara rahsia telah mengandung dan ini menyebabkannya mahu pulang ke kampungnya untuk melahirkan bayi mereka namun tanpa disangka oleh LUNA kampugnya telah diserang oleh tentera musuh. LUNA dan penduduk kampung akhinya dijadikan tawanan oleh tentera musuh.

Kejadian ini telah menyebabkan JUMBO di dalam dilema kerana dia terpaksa memilih untuk menyelamatkan isterinya LUNA dan meninggalkan tugasnya sebagai Gajah Diraja atau meneruskan tugasnya terhadap raja dan negaranya lalu terpaksa membiarkan ahli keluarganya di dalam bahaya.

Comments

NM said…
ija gajah kecik!! idup lagi ke gajah biru tu?ekekekeke

aku da agak..ko mesti tengok gak cite ni..udahla gajahnye warna biru.hehehehe..

Popular posts from this blog

[ Me ] - I am so grateful to be ...

[ Lirik ] - BULAN DITUTUP AWAN