Teater - Mana Setangginya.

Sinopsis Teater Mana Setangginya

Penduduk sebuah perkampungan nelayan menyara hidup dengan menangkap ikan dan menjual hasil ponhon setangginya. Nelayan ini dilarang untuk menangkap ikan pada hari Sabtu, iaitu hari beribadat.

Kumpulan nelayan yang derhaka di bawah pimpinan Hawar telah berpindah ke atas bukit. Walaupun hidup mewah, mereka melanggar perintah. Kedatangan Uzza selaku orang asing telah membawa falsafah baru dalam kehidupan mereka.

Juda, iaitu anak Hawar mengahwini kekasihnya Iriam, iaitu anak Ibra. Tetapi Silbi dan Subhat menabur fitnah akan asal usul Iriam. Juda bermuka-muka akan kebaikannya untuk mengaburi penduduk kampung. Lalu, dia dan ayahnya mengiktirafkan kedudukan mereka sebagai ‘raja’.

Paderi yang menasihatkan Hawar dan Juda telah ditangkap oleh Uzza. Ibra dan Iriam datang membebaskan paderi tapi telah dikenakan syarat 10 bakul ikan sebagai tebusan. Iriam juga diserahkan kepada Uzza dengan persetujuan Juda.

Tiba-tiba turunlah ribut yang maha dashyat serta halilintar yang membelah suasana. Belut gergasi yang dibela Uzza akhirnya memakan tuannya serta membunuh Hawar. Akhirnya, Juda telah pun menemui sodom wa gamurahnya.

-------------------



malam tadi aku berpeluang menonton Mana Setangginya.tiket FREE dr member kakak aku.jujurnya : aku tak teringin nak beli tiket utk tgk citer ni.tp bila ada tiket, apa salahnya.aku tahu Mana Setangginya ni hasil karya Datuk Noordin Hassan;Sasterawan Negara pun dr suratkhabar. Karya Sastera lebih dekat 10tahun.erm.. 'sastera' .. so boleh agak tak camne jalan citer dia??(aku kurang minat pd karya2 sastera yg berat,malas nak berfikir)


agak ramai jgak.ramai pelajar.


seat paling atas.sbb free,harus berpuas hati. ;)


nasib baik aku terlintas nak baca dlu sinopsis teater ni terlebih dahulu sebelum menonton.permulaan yg agak membosankan. terutama ms pelakon utk watak Silbi & Subat menfitnah Iriam yg dikatakan anak jin laut.aduh.bosan tau.mau tidur rsnya.masuk pulak Azizah Mahzan sbg Mira.lakonan dia ok, cuma kdg2 apa yg dia ckp tak brp jelas.mungkin jgak dia terlalu baku dlm bahasanya (pelakon2 lain tak camtu pun). permulaan yg bnyk menyanyi.pastu bercerita.


pengacara mlm itu

tertarik dgn set awal.diumpamakan spt pohon setanggi
(penuh satu lobi IB dgn haruman setanggi)


setengah jam lepas tu, baru lah interesting skit.boleh paham skit2 apa citernyer.jgn terkejut plak bila kuar Paderi dan Sami dlm teater ni.teater ni takde sebut mana2 agama pun.tp boleh paham2 sendiri.then, kagum aku dgn set Kota Gemilang.pencahayaan pun not bad.masa babak kota gemilang ditimpa bencana, dipanah 'kilat' , terasa smpi atas.mcm betul2 kilat tu.dahsat!then ada api2 lagi.kellas~


kagum dgn rekaan set 'Kota Gemilang' ni


teater ni takde break, so abis awal la, dlm pkul 10.45 camtu.masa sessi otograp, ramai pelajar yg beratur.aku cuma dok di dpn pelakon2 tu utk amik gmbr diorg.so ini je la yg mampu aku amik. ;)

Sabrina Ali sbg Iriam

Sabrina & Azizah Mahzan

Tony Eusoff sbg Juda

Iqbal Taufik sbg Uzza

Corat-coret :
1. even tak bnyk set pentas & setnya tak bnyk bergerak sana sini, tetap hebat!suka kat belut gergasi mata merah.
2.kostum ala2 mcm zmn RobinHood pun ada.menarik!.aku suka.
3. Dua kali aku terkejut masa Silbi mengetuk tongkatnye.kuar api beb!! dahsat!
4. Aksi pari2 terbang yg diberitakan, tak sehebat mana.bagi aku, biasa saja.
5. lakonan mantap bagi aku : Azizah Mahzan (even tak brp jelas apa dia sebut), Shaharuddin Tamby (sbg Hawar), Iqbal Taufik & Mohd Nor Fatih Mohtar sebagai Silbi.
6. Suara Tony Eusoff menyanyi seakan2 Stephen Rahman (Hang Tuah)
7. Sabrina miming masa nyanyi.
8. Shaharuddin Thamby aku tak nmpk ms sessi otograp.ada ke tak ek?


ulasan lain yg menarik



p/s : perlu dingatkan, ulasan aku ni berdsrkan pemerhatian aku.ada yg kata best, ada yg kata 'ok'. bagi aku .. okla kalau nak tengok.





Comments

Popular posts from this blog

[ Me ] - I am so grateful to be ...

Jumbo Gajah Biru

[ Lirik ] - BULAN DITUTUP AWAN